Assalamualaikum. Alhmdulillah Ya Allah atas segala nikmat yg diberikan kpd hambaMu. Alhmdulillah kerana aku masih lagi diberi peluang untuk merasai nikmat Syaaban.semoga aku terus diberi peluang untuk bertemu dengan bulan yg dinantikan oleh hamba2Mu i.e Ramadhan Al-Mubarak,insya'Allah.
"...Rejab seperti angin yang mula bertiup, Sya'aban seperti sekumpulan awan hitam bergumpalan dan Ramadan adalah seperti titisan air hujan yang menurunkan seribu rahmat.."
Jom kita manfaatkan bulan yg penuh barakah ini,, kerana sebahagian ahli hikmah berkata
"...Bahawa sesungguhnya bulan Rejab itu adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa..."
Taukah anda apakah antara kelebihan Syaaban...???
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Sabda Rasulullah s.a.w: ”Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.”
Diriwayatkan dari Umamah Al-Bahiri R.A berkata Rasulullah bersabda "..Apabila masuk bulan syaaban, cerialah dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.."
Kita sentiasa berdoa dan merasa amat bertuah jika diizinkan Allah SWT untuk menemui lagi Ramadan yang bakal membuka tirainya dalam masa tidak sampai satu bulan. Umat manusia seringkali berharap agar dapat bersama Ramadan sehingga ke akhirnya dan bertemu lagi dengannya pada tahun akan datang.
Rasulullah SAW bersabda, dalam hadisnya yang bermaksud: "Kalaulah umatku tahu tentang kebaikan bulan Ramadan mereka pasti mengharapkan biarlah Ramadan itu sepanjang tahun". (Riwayat at-Tabrani)
Sebulan lagi sebelum kita bertemu dgn Ramadhan... adakah kte smua dh bersiap sedia utk menemuinya..?? tajdid niat selalu erh.. insya'Allah mga kte dberi keizinan untuk bertemunya.
.اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا الى رمضان... امين يا رب العالمين..
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ صَلاَتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَتِلاَوَتَنَا، وَصَالِحَ أَعْمَالَنَا
، اللَّهُمَّ وَمَا قَصَّرْنَا فِيْهِ فَاغْفِرْهُ لَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.
"..Ya Allah, terimalah segala solat kami, puasa kami, bangun malam kami, bacaan Al-Quran kami dan segala amal kebaikan kami, Ya Allah, Engkau ampunkanlah segala kekurangan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani.."
Sekian sahaja post untuk hari ini.. jg dri,jg amal, jg iman & jg hati. -wslm-
:: Syaaban Menjelang,, Ramadhan Menanti.::
.smoga dberi peluang utk btemu dgnnya. (^_^)
No comments:
Post a Comment