Friday, January 18, 2013

...Soal Hati...


..Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum buat sahabat2.

Berbicara soal hati..?? Jarang sekali si penulis ingin berbicara soal ini.tapi terlintas di fikiran selepas terbaca satu artikel yang menarik bagi saya...Izinkan saya untuk berkongsi tentang artikel tersebut,mungkin sedikit tambahan idea dari fikiran saya.

Kalau kita lihat,sekarang ini banyak sangat orang post soal cinta,bagaimana ingin dapat cinta sejati...mengimpikan suami/isteri soleh/solehah dan seumpamanya.Kenapa mesti begitu..??

Looking at a positive side, I can't deny that it is good for us to have a perspective that a relationship between a man and a woman is a thousand way better with marriage - as all of us (Muslims) get the fact that marriage has more barakah and is a halal way to express love.
Furthermore, a successful marriage is a door to Jannah. I find that it is beautiful when it is said that if a woman is a man's key to paradise (by helping him to fulfill his deen with her through marriage and being an obedient wife), so, a man is a woman's door to Jannah. The key that opens the door - a husband and a wife need each other's help to get there, masya-Allah. -petikan dari artikel tersebut-

Nabi Muhammad SAW berkata:'' mukmin yang paling sempurna dalam iman adalah salah satu yang watak adalah yang terbaik dan yang paling baik kepada isterinya'' (Tirmidhi dan Nasa'i).

Tidak dinafikan,hal ini memang diimpikan oleh seorang kaum adam dan kaum hawa.Kaum hawa mengimpikan ingin seseorang yang dapat membimbing dirinya ke arah kebaikan,lelaki yang memelihara hatinya hanya untuk dia dan yang mampu pimpin keluarga.Kaum adam pula mesti mengimpikan hawa yang sentiasa menjaga hatinya hanya untuk dia,yang dapat membantu dia memimpin keluarga,bersedia untuk melayari bahtera bersamanya.Setiap orang punyai impian begitu.

Pernah tak anda terfikir,anda akan dapat orang yang diinginkan itu hanya dengan "meng" update status di facebook or twitter "saya inginkan suami soleh" atau "ku menanti tulang rusukku"...?? hanya menanti seseorang yang diimpikan di depan komputer riba ...begitukah..??? of course NO..!

"I tell the boys and girls; Allah has already written the name of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah. He will send him/her to you when you're ready. It is only a matter of time." - Sheikh Mamdouh {petikan dari article}

Jangan asyik menanti or memikirkan soal jodoh,bila ia akan datang kalau kita masih belum bersiap sedia untuk menerimanya.Jagalah hubungan kita dengan kekasih hati kita,Allah s.w.t kemudian Allah akan hantarkan pasangan yang telah ditetapkan untuk kita..in shaa Allah.

Mungkin bila saya berkata begini,anda akan terfikir dan berkata "orang yang tidak pernah ada pengalaman soal hati memang mudah untuk berbicara sedemikian".

Bohong  kalau saya katakan,saya tidak pernah langsung memikirkan hal ini disaat umur yang meningkat naik.Saya percaya, aturan Allah adalah yang terbaik. Saat kita sangkakan hidup ini pasti lebih mudah andai kita mampu menjangkau segala isi rahsia yang telah tertulis di loh mahfuz – hati manusia, kisah kasih kita, rezeki dan segalanya, sedarlah bahawa hidup ini lebih bermakna kerana misterinya.

"...Jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita..."
Memang benar apa yang apa yang terdapat dalam ayat di atas, dan saya tidak nafikan dan bukannya untuk dibanggakan tetapi sebagai perkongsian bersama kerana perkara inilah yang saya pegang hingga hari ini. Tapi bagi sesetangah orang perkara ini payah kerana ada segelintir orang sahaja yang sanggup menaggung rasa di hati dan menyatakan nya kepada Sang Pencipta.

Buat kaum adam :Tidak perlu menabur ayat-ayat cinta atau puisi indah kepada sang kekasih yang tidak halal bagimu.Sebaliknya bersiap diri terlebih dahulu sebelum sibuk mencari hawamu,anda merupakan seorang "pemimpin"..tiba saatnya nanti,pasti ia akan tiba dan impianmu itu akan tercapai untuk memiliki mawar agama.

Buat kaum hawa : Jangan terlalu asyik melayan perasaan atau kata-kata cinta dari sang adam yang bukan halal bagimu...kerana belum tentu dia ditakdirkan untukmu.siapkan diri juga untuk menanti mujahid yang dihantar oleh Allah S.W.T untukmu.

"...Saya mahu terus berubah menjadi seorang muslimah yang baik, menuju ke arah gelaran solehah. Bukan kerana dia, tetapi kerana Dia. Kerana insya-Allah, saya akan terus tetap sandarkan keyakinan dan kepercayaan tiada batas kepada Allah. Benar, baitul muslim sentiasa dalam perancangan masa hadapan tetapi biarlah diri ini mantap dahulu di tangga pertama maratib amal yakni bergelar individu muslim. Bersusah-susah dahulu di dunia kerana sesungguhnya yang indah-indah itu di syurga sahaja..."

Berdoa dan berdoa untuk yang terbaik, bukan hanya untuk kehidupan di dunia tetapi juga untuk akhirat. Mintak Allah ampunkan dosa-dosa kita, 'dosa, keluarga kita, guru, ibu bapa kita dan kawan-kawan'. Jangan lupa untuk membuat doa untuk saudara-saudara kita di Palestin, Iraq, Syria, Afghanistan dan Myanmar setiap selepas solat.

Dan meminta Allah untuk membantu diri untuk menjadi di kalangan lelaki/perempuan yang soleh/solehah.

Sekian sahaja dari saya,maafkan saya andai ada kata-kata yang terguris di hati.mafkan juga jika ada kekurangan dari penyampaian saya...sama2 kita berusaha untuk menjadi yang terbaik,in shaa Allah.
Jaga diri,jaga amal,jaga iman dan jaga hati. -wslm-

** Artikel yang dikongsi itu bertajuk "Stop searching for a prince"

Thursday, January 10, 2013

...رضا الله في رضا الوالدين...

Seusai sahaja mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),hati ini sangat bersyukur padaNya kerana kegembiraan ini.
“Alhamdulillah Ya Allah di atas peluang kejayaan yang Engkau berikan..",bisikku dalam hati.
Aku dan Safiyya,sahabatku di peringkat menengah telah bersepakat untuk meneruskan pengajian kami ke luar negara.Safiyya menghulurkan borang permohonan ke Jordan itu kepadaku. Katanya, dia sengaja mencetak lebih untuk sesiapa yang mahukannya. Bersama borang yang telah dicetak itu, disertakan nombor telefon Ustaz Ahmad, mursyidnya yang menguruskan pelajar-pelajar Malaysia ke Timur Tengah. Saat itu,aku masih belum memberitahu walid akan hal ini.Mengisinya pun belum,akan tetapi aku masih lagi berminat untuk mengambil tahu akan hal-hal yang berkaitan dengan urusan ke sana.Aku tidak mempunyai keberanian untuk mengusulkan lagi hal ini kepada walid dan ummiku oleh kerana hal ini telah diberitahu dan ia juga telah ditolak oleh walid.
“Bukan walid dan ummi tidak suka Aisyah menyambung pengajian ke Timur Tengah."Kami tahu Aisyah sudah besar remaja,tetapi walid khuatir keberadaan kamu di sana tambahan pula kamu tidak pernah berenggang dengan kami..”,kata walid kepadaku.
“Aisyah,ummi harap aisyah dapat ubah fikiran untuk teruskan pengajian dan menduduki peperiksaan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia).Jangan hampakan harapan kami,nak” ,pujuk ummi kepadaku.
Aku tidak mengerti. Mengapa walid dan ummi tidak mahu melepaskan aku pergi. Andai kata aku tidak pandai berdikari, maka biarlah aku pergi membawa diri. Di sana nanti aku pasti dapat belajar berdikari. Lagi pula, aku yakin apabila kita lakukan sesuatu yang kita minat, kita pasti akan berusaha untuk tempuhinya. Aku yakin boleh!

Hari demi hari, sulaman keyakinan hanya tinggal di genggaman. Tiada lagi keyakinan di hati dek remuknya seketul daging itu. Ummi dan walid lansung tidak mengendahkan keinginanku. Malah, walid berkeras supaya aku menyambung pelajaran di dalam negara. Kalau nak berjauhan dengan keluarga lebih dari dua marhalah pun walid tak bagi, apatah lagi mahu ke luar negara.

Maka, aku akur dengan keputusan mereka. Kata orang, ibu bapa lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anaknya. Malah aku sendiri tahu, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.Safiyya telah pun berangkat ke Jordan dalam jurusan pergigian.
* * * * * *
Kini sudah setahun berlalu.Keputusan STAM telah pun diketahui.Alhamdulillah sekali lagi aku diberikan kejayaan.Kali ini aku masih memasang niat untuk melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Kali ini, aku teringin benar untuk ke Jordan kerana Safiyya sudah pun menuntut di sana. Malah, dia juga mengalu-alukan kedatanganku.Bertambah semangat apabila sahabat sefikrahku,Ainul Jannah juga menyimpan hasrat untuk ke sana.Seorang lagi sahabatku Humaira berhajat untuk meneruskan pengajian ke Mesir.

Aku meneruskan impianku untuk meneruskan pengajian ke Jordan dalam bidang Syariah Islamiah. Kali ini, aku memuat turun sendiri borang permohonan ke University Yarmouk itu. Aku cuba menggunakan stratergi yang sama sekali lagi dengan harapan ummi dan walid akan melepaskan aku pergi memandangkan usiaku jua sudah bertambah. Harapnya ummi dan walid tidak mempersoalkan kemampuanku untuk berdikari.

Aku betul-betul berminat untuk melanjutkan pelajaran di sana. Bukan kerana mahu lari dari rumah atau melancong di tempat orang tetapi aku rasakan bahawa di sana aku dapat mendekatkan diri dengan Allah. Aku mahu jadi lebih baik. Aku mahu timba ilmu agama sedalam-dalamnya di sana supaya kelak aku dapat berbakti untuk agamaku.

"Ummi seronok juga kalau kamu dapat sambung belajar di luar negara. Tengoklah mak cik Latifah kamu tu. ..tersenyum lebar dia anak buat dentistry di Mesir" 

"Ummi, aisyah dah siapkan semuanya dah. Ummi tolonglah aisyah ye kali ni." Aku cuba memujuk ummi

. "Sayang, ummi bukan tak nak tolong. Betul ke kamu sanggup nak berjauhan dengan keluarga? Ummi pun tak sanggup berjauhan dengan aisyah selama tu. Entah nanti aisyah makan entah kan tidak."

* * * * * * * 
Di saat aku masih dalam dilema sama ada ingin meneruskan impianku itu atau menuruti permintaan kedua ibu bapaku,aku meminta pandangan seseorang yang dipercayai.Setiap kali aku berhadapan dengan hal sebegini,pasti dia yang akan ku minta pandangan.

Katanya “Aisyah,mungkin saat ini Allah masih tidak mengizinkan untuk Aisyah ke sana.Keputusan di tangan aisyah,cuma akak boleh bagitahu setiap apa sekalipun keputusan yang diambil moga keputusan itu diterima dan direstui ibu bapa kita.Ada sebab dan musabab kenapa umi walid Aisyah tidak izinkan untuk ke sana.Mereka lebih tahu keadaan anaknya.Akak sentiasa doakan Aisyah moga yang terbaik menanti aisyah.Jangan lupa update keputusan aisyah nanti.”

Ruangan chat yahoo messenger dengan akak (senior sekolahku) berakhir dengan pesanan dan nasihat darinya.Terima kasihku ucapkan buat Kak Farah Ain kerana sentiasa setia mendengar luahanku.Dia banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat buatku.Kak Farah merupakan salah seorang senior yang rapat denganku di Maahad dahulu,sekarang dia meneruskan pengajiannya ke Al-Azhar Mesir dalam bidang Ulum Islamiah.

Alhamdulillah Ya Allah kerana aku diberi peluang bertemu seorang sahabat dan kakak seperti dia. 

* * * * * * * 

 "Di sebalik kepayahan disitulah ada kekuatan,
 Tekad hati azimat di perjalanan
 Tak kuragu untuk membuktikan indah bintang
 Yang terang bukan khayalan tetapi kenyataan"

Bait lagu Mimpi yang indah alunan kumpulan nasyid Mestica itu mengasyikkan aku sambil membelek-belek Gen-Q di tanganku.

 "Titit.. titit.. titit.. " Tiba-tiba bunyi gema sms dari handphone menghentikan lamunanku . Ada mesej diterima. Sebaik sahaja skrin sentuh telefon pintarku ditolak ke atas, terpapar mesej daripada Ainul.

 "Aisyah, awak jadi tak nak sambung pengajian di Jordan?" 

Aku terpaku seketika. Tiba-tiba, butir-butir mutiara yang tadinya bergenang di kelopak mata mengalir laju. Entah mengapa persoalan itu bagaikan panah yang menusuk jantungku. Sudah dua bulan aku cuba melupakan bumi Timur Tengah itu.

Namun, kehadiran mesej daripada Ainul mengingatkan kembali bagaimana hatiku remuk apabila ummi dan walid tidak bersetuju aku melanjutkan pelajaran ke Yarmouk. Satu-satunya Universiti impianku. Sebenarnya bukan baru dua bulan, tetapi sudah lebih setahun aku cuba meyakinkan ummi dan walid, aku mampu hidup berdikari.

Sejak sebelum tamat persekolahan lagi, aku dan sahabat baikku, Ainul telah merancang untuk melanjutkan pelajaran ke bumi Anbiya'. Kami telah bertemu dengan ustazah Khadijah untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan. Beliau merupakan graduan Bahasa Arab lulusan university Yarmouk, Jordan. Jadi, sedikit sebanyak pengalaman beliau di sana telah dikongsikan kepada kami berdua.

Setelah tamatnya persekolahan, aku mengisi kekosongan waktu itu dengan aktiviti-aktiviti pengisian rohani dan dakwah. Pada waktu itu, beberapa orang sahabat yang sehalaqah denganku mengajak aku mengikuti mereka ke bumi Anbiya'. Hal ini buat aku lebih bersemangat untuk menuntut ilmu di sana.

Setiap tadah tangan doaku, aku bermohon agar diberi peluang melanjutkan pelajaran di sana. Setiap lenaku juga mula dihiasi mimpi-mimpi indah di Timur Tengah. Aku benar-benar ingin berada di sana. Melihat kebesaran Allah sambil menghayati sejarah islamiyah yang ditinggalkan umat terdahulu. Malah aku teringin benar bertalaqqi bersama sheikh-sheikh arab yang disegani di sana walaupun aku sedar, aku ini muslimah yang masih cetek ilmunya. Teringat kata-kata ustazah, "orang-orang arab ni suka mendengar bacaan al Quran pelajar Malaysia." Aku tersenyum sendirian.

Sekali lagi telefon pintar itu berdering , mengembalikan aku ke dunia realiti.
 "Aisyah?"
Hanya satu perkataan yang terpapar di skrin telefon. Itu bererti Ainul tertunggu-tunggu jawapan daripadaku

. "Ukhti, asif ana terlewat balas. Ana buntu." Aku membalas pesanan ringkas Aisyah 

"Kenapa ni?" 

 "Tak ada apa-apa. Mungkin ana tak ke Jordan. Insyaallah ana sambung belajar di Malaysia saja. :)" Jawabku di akhiri dengan ikon smile. 

Sengaja tidak mahu Ainul mengesyaki apa yang terbuku dihatiku. 

 "Kenapa pula? Bukan ke Aisyah beria-ianak pergi sama?" 

 "Redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Ana redha kalau ini takdirnya."

 "Enti berputus asa?" Soal Ainul ringkas. 

"Tak lah. Putus asa tiada dalam kamus hidup ana. Mungkin ada taklifan lain yang Allah hendak berikan pada ana di sini. Kalau ummi boleh kata ummi tak sanggup berjauhan lima tahun dengan ana, bagaimana ana sebagai anak tergamak berkeras untuk meninggalkan ummi? Semalam, ana ada ditawarkan mengikuti kursus persediaan ke timur tengah tapi ana dah pundelete mesej tu. Ana sudah tekadkan hati ni." Jawabku tenang


"Its ok. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. The most important thing is the subject. Kalau enti minat, kena campak kat mana pun, enti boleh buat. Good Luck!" 

 "Syukran ukhti."

 Mesej itu berakhir di situ. Aku bingkas bangun dari katil dan mengangkat gen-Q yang terjatuh ke lantai sebelum aku terima mesej Ainul tadi. Terlupa aku mengambilnya sebaik saja majalah itu terlepas dari tangan. Sedari awal tadi, hatiku betul-betul terusik membaca satu kolum yang berkisarkan kisah seorang syabab di timur tengah. Kemudian bagaikan diketuk pula dengan pertanyaan Ainul itu. Allahu Akbar. 

"Bersabarlah wahai hati. Telah aku redha Allah sebagai tuhanku, Islam agamaku dan Muhammad s.a.w itu rasulku. Maka, cukuplah Allah bagiku sebagai penolong." 

* * * * * * 

Lamunanku terjaga ketika terdengar azan zohor berkumandang di surau.Terasa sayu bila teringat akan impian itu.Impian yang tidak lagi tertunai. 

“In shaa Allah,mungkin suatu hari nanti,impian itu akan tercapai.”,bisik hati kecilku yang masih lagi menyimpan hasrat yang terpendam. 

Alhamdulillah,rezeki berpihak kepadaku ditawarkan di Universiti tempatan dalam bidang yang lebih kurang sama dengan apa yang aku inginkan,cuma berbeza tempat.Ainul pula meneruskan impian itu,dia mengambil bidang Bahasa Arab di Jordan..Humaira pula berjaya untuk meneruskan pengajiannya ke Al-Azhar,Mesir dalam bidang Syariah.Semoga berjaya Ainul dan Humairaku sayang.



“...Ya Allah,permudahkanlah segala urusanku ini.
Semoga Allah meredhai segalanya.mungkin ini yang terbaik buatku...”

** Satu cerita untuk dikongsikan bersama kalian...smoga bermanfaat bt kalian.syukran,wslm.