Saturday, January 14, 2012

Semangat buat Kaum Hawa... :-)

Salam.

entry utk kaum hawa jg blh dbace utk kaum adam.smoga bmnfaat bt smue,,insya'Allah.

"Sesungguhnya muslimah yang terbaik adalah mereka yang tahu menjaga maruah diri daripada dipermainkan oleh insan2 yang hanya tahu mengguna tapi tak mahu menjaga... oleh itu.. peliharalah diri.. biar mereka kata kita sombong, biar mereka kata kita jual mahal,. biar meraka kata kita hati keras, biar mereka kata kita kolot, asalkan maruah kita terjaga hanya BUAT INSAN YANG BENAR2 UNTUK KITA yang telah Allah tetapkan buat kita. kerana insan yang telah Allah tetapkan utk kita takkan pernh kata kita sombong, jual mahal, keras hati. kolot dan sebagainya kerana hati kita telah di ikat oleh Allah untukknya dan dia utk kita.... amin.. Moga insan yang Allah tetapkan hatinya untuk kalian (Muslimah) akan hadir utk menjemput sebagai suri tanpa sebarang TANGGUHAN atau LENGAH...Usah sesekali MENYESALI takdir kerana ALLAH itu ADIL sifatnya..sudah dijanjikan dalam al-Quran dan hadis bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, begitu sebaliknya..waktu ini jika kamu TIDAK DITEMUKAN dengan mana-mana lelaki kerana ALLAH SWT mahu MEMELIHARA kamu daripada MAKSIAT..waktu ini tiada lelaki JATUH HATI pada kamu kerana kamu masih dalam tempoh MENCARI ILMU dan mencapai CITA-CITA..paling utama ALLAH SWT menyimpan JODOH yang terbaik untuk kamu dan apabila masa itu tiba..kamu senyumlah, ketawalah, menangislah sebagai TANDA GEMBIRA dan BERSYUKURLAH kerana DIA menghadiahkan kamu dengan lelaki yang SOLEH dan SEMPURNA ✿~Berpeganglah pada pepatah lama - Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Jangan senang dahulu, susah kemudian...(✿◠‿◠)"

~PESANAN BUAT KAUM ADAM....!

TAKUKAH KAMU WAHAI ADAM.. ??

♥ Seorang muslimah yang tak melayan lelaki apabila ditegur janganlah kau kata dia sombong ,
♥ Seorang muslimah yang tiada teman lelaki ,janganlah kau kata dia tak laku ,
♥ Seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip aurat , janganlah kau kata dia kolot ,
♥ Seorang muslimah yang tak pandang kau tika bersemuka , janganlah kau ingat kau hensem sangat sampai dia takut nak pandang , -_-"

TAHUKAH KAU WAHAI ADAM ,

♥ Apa yg ada di sebalik sekeping hati muslimah itu ?
♥ Ketahuilah , dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu .
♥ Dia mahukan engkau , menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu .
♥ Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan haq Allah .
♥ Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati haq Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu..


** Sesungguhnya DUHAI HATI ~
Apa jua RINTANGAN dan DUGAAN yang hadir mencalar balar ~
Adalah UJIAN sepanjang KEHIDUPAN ~
Maka TABAH, SABAR, TAQWA, YAKIN dan PASRAH mendepani jalan ~
Seusai DOA, USAHA dan TAWAKAL yang berpanjangan ~
JANGAN PERNAH PUTUS HARAPAN AKAN KASIHNYA: AR-RAHMAN ~
InsyaALLAH (~‿◕)
☆ Dakwah HATI ☆ Tarbiyah DIRI ☆
☆ PerkongsianKu: "Dlm Usaha Mencintai ALLAH" ☆


-Sekian,,jg dri & jg amal. -wslm-

No comments: