Thursday, January 10, 2013

...رضا الله في رضا الوالدين...

Seusai sahaja mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),hati ini sangat bersyukur padaNya kerana kegembiraan ini.
“Alhamdulillah Ya Allah di atas peluang kejayaan yang Engkau berikan..",bisikku dalam hati.
Aku dan Safiyya,sahabatku di peringkat menengah telah bersepakat untuk meneruskan pengajian kami ke luar negara.Safiyya menghulurkan borang permohonan ke Jordan itu kepadaku. Katanya, dia sengaja mencetak lebih untuk sesiapa yang mahukannya. Bersama borang yang telah dicetak itu, disertakan nombor telefon Ustaz Ahmad, mursyidnya yang menguruskan pelajar-pelajar Malaysia ke Timur Tengah. Saat itu,aku masih belum memberitahu walid akan hal ini.Mengisinya pun belum,akan tetapi aku masih lagi berminat untuk mengambil tahu akan hal-hal yang berkaitan dengan urusan ke sana.Aku tidak mempunyai keberanian untuk mengusulkan lagi hal ini kepada walid dan ummiku oleh kerana hal ini telah diberitahu dan ia juga telah ditolak oleh walid.
“Bukan walid dan ummi tidak suka Aisyah menyambung pengajian ke Timur Tengah."Kami tahu Aisyah sudah besar remaja,tetapi walid khuatir keberadaan kamu di sana tambahan pula kamu tidak pernah berenggang dengan kami..”,kata walid kepadaku.
“Aisyah,ummi harap aisyah dapat ubah fikiran untuk teruskan pengajian dan menduduki peperiksaan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia).Jangan hampakan harapan kami,nak” ,pujuk ummi kepadaku.
Aku tidak mengerti. Mengapa walid dan ummi tidak mahu melepaskan aku pergi. Andai kata aku tidak pandai berdikari, maka biarlah aku pergi membawa diri. Di sana nanti aku pasti dapat belajar berdikari. Lagi pula, aku yakin apabila kita lakukan sesuatu yang kita minat, kita pasti akan berusaha untuk tempuhinya. Aku yakin boleh!

Hari demi hari, sulaman keyakinan hanya tinggal di genggaman. Tiada lagi keyakinan di hati dek remuknya seketul daging itu. Ummi dan walid lansung tidak mengendahkan keinginanku. Malah, walid berkeras supaya aku menyambung pelajaran di dalam negara. Kalau nak berjauhan dengan keluarga lebih dari dua marhalah pun walid tak bagi, apatah lagi mahu ke luar negara.

Maka, aku akur dengan keputusan mereka. Kata orang, ibu bapa lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anaknya. Malah aku sendiri tahu, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.Safiyya telah pun berangkat ke Jordan dalam jurusan pergigian.
* * * * * *
Kini sudah setahun berlalu.Keputusan STAM telah pun diketahui.Alhamdulillah sekali lagi aku diberikan kejayaan.Kali ini aku masih memasang niat untuk melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Kali ini, aku teringin benar untuk ke Jordan kerana Safiyya sudah pun menuntut di sana. Malah, dia juga mengalu-alukan kedatanganku.Bertambah semangat apabila sahabat sefikrahku,Ainul Jannah juga menyimpan hasrat untuk ke sana.Seorang lagi sahabatku Humaira berhajat untuk meneruskan pengajian ke Mesir.

Aku meneruskan impianku untuk meneruskan pengajian ke Jordan dalam bidang Syariah Islamiah. Kali ini, aku memuat turun sendiri borang permohonan ke University Yarmouk itu. Aku cuba menggunakan stratergi yang sama sekali lagi dengan harapan ummi dan walid akan melepaskan aku pergi memandangkan usiaku jua sudah bertambah. Harapnya ummi dan walid tidak mempersoalkan kemampuanku untuk berdikari.

Aku betul-betul berminat untuk melanjutkan pelajaran di sana. Bukan kerana mahu lari dari rumah atau melancong di tempat orang tetapi aku rasakan bahawa di sana aku dapat mendekatkan diri dengan Allah. Aku mahu jadi lebih baik. Aku mahu timba ilmu agama sedalam-dalamnya di sana supaya kelak aku dapat berbakti untuk agamaku.

"Ummi seronok juga kalau kamu dapat sambung belajar di luar negara. Tengoklah mak cik Latifah kamu tu. ..tersenyum lebar dia anak buat dentistry di Mesir" 

"Ummi, aisyah dah siapkan semuanya dah. Ummi tolonglah aisyah ye kali ni." Aku cuba memujuk ummi

. "Sayang, ummi bukan tak nak tolong. Betul ke kamu sanggup nak berjauhan dengan keluarga? Ummi pun tak sanggup berjauhan dengan aisyah selama tu. Entah nanti aisyah makan entah kan tidak."

* * * * * * * 
Di saat aku masih dalam dilema sama ada ingin meneruskan impianku itu atau menuruti permintaan kedua ibu bapaku,aku meminta pandangan seseorang yang dipercayai.Setiap kali aku berhadapan dengan hal sebegini,pasti dia yang akan ku minta pandangan.

Katanya “Aisyah,mungkin saat ini Allah masih tidak mengizinkan untuk Aisyah ke sana.Keputusan di tangan aisyah,cuma akak boleh bagitahu setiap apa sekalipun keputusan yang diambil moga keputusan itu diterima dan direstui ibu bapa kita.Ada sebab dan musabab kenapa umi walid Aisyah tidak izinkan untuk ke sana.Mereka lebih tahu keadaan anaknya.Akak sentiasa doakan Aisyah moga yang terbaik menanti aisyah.Jangan lupa update keputusan aisyah nanti.”

Ruangan chat yahoo messenger dengan akak (senior sekolahku) berakhir dengan pesanan dan nasihat darinya.Terima kasihku ucapkan buat Kak Farah Ain kerana sentiasa setia mendengar luahanku.Dia banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat buatku.Kak Farah merupakan salah seorang senior yang rapat denganku di Maahad dahulu,sekarang dia meneruskan pengajiannya ke Al-Azhar Mesir dalam bidang Ulum Islamiah.

Alhamdulillah Ya Allah kerana aku diberi peluang bertemu seorang sahabat dan kakak seperti dia. 

* * * * * * * 

 "Di sebalik kepayahan disitulah ada kekuatan,
 Tekad hati azimat di perjalanan
 Tak kuragu untuk membuktikan indah bintang
 Yang terang bukan khayalan tetapi kenyataan"

Bait lagu Mimpi yang indah alunan kumpulan nasyid Mestica itu mengasyikkan aku sambil membelek-belek Gen-Q di tanganku.

 "Titit.. titit.. titit.. " Tiba-tiba bunyi gema sms dari handphone menghentikan lamunanku . Ada mesej diterima. Sebaik sahaja skrin sentuh telefon pintarku ditolak ke atas, terpapar mesej daripada Ainul.

 "Aisyah, awak jadi tak nak sambung pengajian di Jordan?" 

Aku terpaku seketika. Tiba-tiba, butir-butir mutiara yang tadinya bergenang di kelopak mata mengalir laju. Entah mengapa persoalan itu bagaikan panah yang menusuk jantungku. Sudah dua bulan aku cuba melupakan bumi Timur Tengah itu.

Namun, kehadiran mesej daripada Ainul mengingatkan kembali bagaimana hatiku remuk apabila ummi dan walid tidak bersetuju aku melanjutkan pelajaran ke Yarmouk. Satu-satunya Universiti impianku. Sebenarnya bukan baru dua bulan, tetapi sudah lebih setahun aku cuba meyakinkan ummi dan walid, aku mampu hidup berdikari.

Sejak sebelum tamat persekolahan lagi, aku dan sahabat baikku, Ainul telah merancang untuk melanjutkan pelajaran ke bumi Anbiya'. Kami telah bertemu dengan ustazah Khadijah untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan. Beliau merupakan graduan Bahasa Arab lulusan university Yarmouk, Jordan. Jadi, sedikit sebanyak pengalaman beliau di sana telah dikongsikan kepada kami berdua.

Setelah tamatnya persekolahan, aku mengisi kekosongan waktu itu dengan aktiviti-aktiviti pengisian rohani dan dakwah. Pada waktu itu, beberapa orang sahabat yang sehalaqah denganku mengajak aku mengikuti mereka ke bumi Anbiya'. Hal ini buat aku lebih bersemangat untuk menuntut ilmu di sana.

Setiap tadah tangan doaku, aku bermohon agar diberi peluang melanjutkan pelajaran di sana. Setiap lenaku juga mula dihiasi mimpi-mimpi indah di Timur Tengah. Aku benar-benar ingin berada di sana. Melihat kebesaran Allah sambil menghayati sejarah islamiyah yang ditinggalkan umat terdahulu. Malah aku teringin benar bertalaqqi bersama sheikh-sheikh arab yang disegani di sana walaupun aku sedar, aku ini muslimah yang masih cetek ilmunya. Teringat kata-kata ustazah, "orang-orang arab ni suka mendengar bacaan al Quran pelajar Malaysia." Aku tersenyum sendirian.

Sekali lagi telefon pintar itu berdering , mengembalikan aku ke dunia realiti.
 "Aisyah?"
Hanya satu perkataan yang terpapar di skrin telefon. Itu bererti Ainul tertunggu-tunggu jawapan daripadaku

. "Ukhti, asif ana terlewat balas. Ana buntu." Aku membalas pesanan ringkas Aisyah 

"Kenapa ni?" 

 "Tak ada apa-apa. Mungkin ana tak ke Jordan. Insyaallah ana sambung belajar di Malaysia saja. :)" Jawabku di akhiri dengan ikon smile. 

Sengaja tidak mahu Ainul mengesyaki apa yang terbuku dihatiku. 

 "Kenapa pula? Bukan ke Aisyah beria-ianak pergi sama?" 

 "Redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Ana redha kalau ini takdirnya."

 "Enti berputus asa?" Soal Ainul ringkas. 

"Tak lah. Putus asa tiada dalam kamus hidup ana. Mungkin ada taklifan lain yang Allah hendak berikan pada ana di sini. Kalau ummi boleh kata ummi tak sanggup berjauhan lima tahun dengan ana, bagaimana ana sebagai anak tergamak berkeras untuk meninggalkan ummi? Semalam, ana ada ditawarkan mengikuti kursus persediaan ke timur tengah tapi ana dah pundelete mesej tu. Ana sudah tekadkan hati ni." Jawabku tenang


"Its ok. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. The most important thing is the subject. Kalau enti minat, kena campak kat mana pun, enti boleh buat. Good Luck!" 

 "Syukran ukhti."

 Mesej itu berakhir di situ. Aku bingkas bangun dari katil dan mengangkat gen-Q yang terjatuh ke lantai sebelum aku terima mesej Ainul tadi. Terlupa aku mengambilnya sebaik saja majalah itu terlepas dari tangan. Sedari awal tadi, hatiku betul-betul terusik membaca satu kolum yang berkisarkan kisah seorang syabab di timur tengah. Kemudian bagaikan diketuk pula dengan pertanyaan Ainul itu. Allahu Akbar. 

"Bersabarlah wahai hati. Telah aku redha Allah sebagai tuhanku, Islam agamaku dan Muhammad s.a.w itu rasulku. Maka, cukuplah Allah bagiku sebagai penolong." 

* * * * * * 

Lamunanku terjaga ketika terdengar azan zohor berkumandang di surau.Terasa sayu bila teringat akan impian itu.Impian yang tidak lagi tertunai. 

“In shaa Allah,mungkin suatu hari nanti,impian itu akan tercapai.”,bisik hati kecilku yang masih lagi menyimpan hasrat yang terpendam. 

Alhamdulillah,rezeki berpihak kepadaku ditawarkan di Universiti tempatan dalam bidang yang lebih kurang sama dengan apa yang aku inginkan,cuma berbeza tempat.Ainul pula meneruskan impian itu,dia mengambil bidang Bahasa Arab di Jordan..Humaira pula berjaya untuk meneruskan pengajiannya ke Al-Azhar,Mesir dalam bidang Syariah.Semoga berjaya Ainul dan Humairaku sayang.



“...Ya Allah,permudahkanlah segala urusanku ini.
Semoga Allah meredhai segalanya.mungkin ini yang terbaik buatku...”

** Satu cerita untuk dikongsikan bersama kalian...smoga bermanfaat bt kalian.syukran,wslm.

No comments: