Tuesday, December 20, 2011
~Layan Syair J0m..!!!!
**syukran diatas pkongsian.. {n_n}
Monday, December 19, 2011
7 Cara Memujuk Rakan Emo.. :-)
dk belek2 artikel,,tjumpe satu maklumat yg bley kte gunakan...harinie saya nk share kt ruangan pkongsian buat shbt2..smoga ianya bmnfaat,,insya'Allah.
1.MENGAMBIL WUDUK.
-Kita ajak rakan emo kita sama2 mengambil wuduk. sambil memujuk, kita katakan bahawa air basahan wuduk blh menyejukkan hati yg lara . Dgn syarat kita ikhlas .
2. MENULIS SESUATU YANG POSITIF.
-Berikan beberapa helai kertas dan pen atau pensel kepadanya. kemudian katakan kepadanya supaya menulis apa yg dicita-citakan di ats kertas tersebut. sambil itu, kita katakan bahawa tulisan yg baik dan positif blh merangsang fikiran ke arah yg lebih baik .
3.MEMUJUKNYA DENGAN SEADANYA.
-Kita duduk di hadapannya sambil memerhatikan wajahnya. Kita katakan kepadanya bahawa dia seorang yg bijak dan cantik. Alangkah baiknya kalau kebijakan dan kecantikan itu kita luahkan syukur kepada Allah. Dengan itu nanti, dengan izin Allah, Allah akan cantikkan hati kita dengan ketenangan dalam semua hal.
4.TUNJUKKAN KASIH SAYANG.
-Tanyakan kepadanya kalau-kalau rakan emo kita itu hendakkan sesuatu seperti; nak makan apa, nak minum apa, nak membaca apa, nak menonton apa...apa2 sahaja asalkan perbuatan itu tidak melanggar syariat. Kalau blh, kita lakukannya bersama-sama.
5.BERBUAL-BUAL DAN BERADA DI SAMPING.
-Usah biarkan rakan emo kita duduk bersendirian atau melakukan apa-apa sahaja seorang diri. Kita mesti turut serta. Sebaik-baiknya biarlah kita berbual-bual dengannya tentang sesuatu yg menggembirakan, tapi jangan sesekali kita melayan cerita emosinya. Kita bawa perbualan yg menyenangkan.
6.MEMINTA MAAF
-Ringankan lidah kita utk meminta maaf andainya kita yg menyebabkan rakan emo kita menjadi begitu. Mengaku kesalahan atau kesilapan kita walaupun bukan kita yg memulakannya. Kita katakan kepadanya bahawa kita rindukan persahabatan yg terjalin sebelum ini.
7.PERLIHATKAN KEPADANYA BETAPA INDAHNYA ISLAM.
-Jika rakan emo kita seorang yg agak degil, kita cari seseorang yg rapat dengannya
utk memujuk, seperti adik beradiknya, atau kawan karibnya, atau gurunya, atau sesiapa saja yg kita lihat ada potensi yg rakan emo kita itu dapat meluahkan perasaan. Tetapi kita kena ingat, seseorang yg rapat dengannya itu biarlah yg mempunyai pengangan agama yg baik. Kalau sebaliknya, ajaklah guru kausenling atau ustaz/ustazah berjumpa dengan rakan emo kita itu.
~ Selamat Mencuba ye..!!! -wslm-
Sunday, December 18, 2011
If the beloved (s.a.w) am0ng us...
لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب
بقربه النفس تطيب
وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب
فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين
meanings:
If the beloved (s.a.w.) were among us
Those from far & near will come to him (s.a.w.)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (s.a.w.)
In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (s.a.w.) will not cease to exist
Oh Ya who answers prayer please fulfill our hope to meet him (s.a.w.)
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (s.a.w.)
Muhammad s.a.w. honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (s.a.w)
**hyati btul2 mksud lagu nie... Allahuakbar.! (^_*)
Friday, December 16, 2011
II (هجرة الرسول (ص
** sambungan dari entry post yg awal.smoga bmnfaat bt kte smue,,insya'Allah. -wslm-
I (هجرة الرسول (ص
**pkongsian utk kalian ttg apa yg bella dpat spanjang btugas sbg Facillitator di KTS (Kem Tarbiah Syabab)
Wednesday, December 14, 2011
:: Pengalaman itu amat berharga. :-)
satu perkongsian utk shbat2....soal apakah..?ianya tentang diri saya yg baru shj selesai mnjalankan amanah...amanah itu,saya trima & tunaikannya dgn sbaek mgkin,,insya'Allah.amanah apakah..?amanah sbg sorg facillitator.Al-kisahnya,,di salah stu masjid bandar di kawasan nie tlah mnganjurkan & mngdakan prgrm yg berunsur islamic laa,,mberi didikan & tarbiah kpd adk2 yg tgah seronok bercuti skolah.Kem tsbt dberi nama
bbalik kpd tjuk td...mmg mnjadi pngalaman yg berharga laa bt saya.sbb kbyakan aktiviti adk2 tuu bsame faci slaen dripada clas brsama ust2 (clas bhs arb/frdhu ain)....faci nie mnjaga clas talaqqi & hafazan quran....pserta dlatih utk mnghafaz surh2 lazim laa + surah yasin...smmpu yg boleh kami cuba utk mlatih mreka nie.Alhmdulillah,,berkat ksungguhan adk2 nie,,ad yg bjaye hafaz satu surah yasin,,serta bbrape surah lazim (surah2 muqaddam).ad jg yg masih bertatih2 utk mnghabiskan ayat hafazan tuu....~biase laa bdk2 kan...thts y kem nie diadakan.at least phk pnganjur ingin mlatih bdk2 utk mnghafaz Al-Quran.~smoga dgn ilmu yg diajar di kem nie,,dpat mbiasakan adk2 & mbuatkan mreka lbih cinta utk blajar mngaji + hafaz Al-Quran.insya'Allah.slaen tuu jg,,adk2 diajar & dperkemaskan ilmu yg ad ttg solat,wudhu' etc..tdak lupa jg,,clas bhs arab..bg yg mn bloam tau sgt ttg bhs arab nie,,mgkin dgn kem nie laa mreka blajar basic madah nie...kuliah2 jg trut diadakan (kuliah subuh + kuliah mgrib)..sterusnya mlam k2 & k3 akhir (12 & 13hb) diadakan cramah btjuk hjrah rasul & pemakanan sihat secara islam yg dsmpaikan oleh mtivator2 yg hbat dari segi pnyampaian ilmu..yg trakhir pd 14dis,,diadakan mtivasi utk ibubpa & pserta yg dismpaikan oleh Cg.Nik Mat Nik Lib....prgrm nie drasmikan oleh Tuan Robert (Ketua Jajahan Kuala Krai) pd hari ahd (11Dis).itulaa serba sdikit ttg prgrm nie.
Alhmdulillah,,krana saya diberi pluang tsbt (mngajar adk2 talaqqi + hafazan quran)...itu adlh pngalaman yg amat berharga laa bg saya.mngenal adk2 yg masih lg suci dari sgala pngaruh & anasir2 luar yg tdak baek...mreka laa yg bkal dijadikan Syabab yg dibentuk,didik & ditarbiah dgn Ulumuddin...insya'Allah.thniah jg diucapkan kpd phk pnganjur yg tlah mngadakan prgrm nie,,& bt pngetahuan kalian prgrm nie adlh julung kali diadakan di daerah Kuala Krai,Kelantan.smoga dpat diadakan lgi pd taun2 akan dtg,,insya'Allah.




{n_n}
Wednesday, December 7, 2011
Jiwa Terasa Kosong....???
"... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - (Surah Ali-Imran : 148)
Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.
Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.
Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.
Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.
Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...
Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!
** Sumber Dipetik : I Luv Islam.... {n_n}
~ wslm~
Tuesday, December 6, 2011
Marah adalah salah satu penyakit HATI
Kenapa mesti marah...???Adakah kmarahan nie membawa kite kepada klegaan atau kbahagiaan??taukah kite apa itu definisi marah sebenarnya..?