Monday, December 19, 2011

7 Cara Memujuk Rakan Emo.. :-)

Salam...rakan anda emo..??cmner nk buat erh..?
dk belek2 artikel,,tjumpe satu maklumat yg bley kte gunakan...harinie saya nk share kt ruangan pkongsian buat shbt2..smoga ianya bmnfaat,,insya'Allah.



1.MENGAMBIL WUDUK.
-Kita ajak rakan emo kita sama2 mengambil wuduk. sambil memujuk, kita katakan bahawa air basahan wuduk blh menyejukkan hati yg lara . Dgn syarat kita ikhlas .

2. MENULIS SESUATU YANG POSITIF.
-Berikan beberapa helai kertas dan pen atau pensel kepadanya. kemudian katakan kepadanya supaya menulis apa yg dicita-citakan di ats kertas tersebut. sambil itu, kita katakan bahawa tulisan yg baik dan positif blh merangsang fikiran ke arah yg lebih baik .

3.MEMUJUKNYA DENGAN SEADANYA.
-Kita duduk di hadapannya sambil memerhatikan wajahnya. Kita katakan kepadanya bahawa dia seorang yg bijak dan cantik. Alangkah baiknya kalau kebijakan dan kecantikan itu kita luahkan syukur kepada Allah. Dengan itu nanti, dengan izin Allah, Allah akan cantikkan hati kita dengan ketenangan dalam semua hal.

4.TUNJUKKAN KASIH SAYANG.
-Tanyakan kepadanya kalau-kalau rakan emo kita itu hendakkan sesuatu seperti; nak makan apa, nak minum apa, nak membaca apa, nak menonton apa...apa2 sahaja asalkan perbuatan itu tidak melanggar syariat. Kalau blh, kita lakukannya bersama-sama.

5.BERBUAL-BUAL DAN BERADA DI SAMPING.
-Usah biarkan rakan emo kita duduk bersendirian atau melakukan apa-apa sahaja seorang diri. Kita mesti turut serta. Sebaik-baiknya biarlah kita berbual-bual dengannya tentang sesuatu yg menggembirakan, tapi jangan sesekali kita melayan cerita emosinya. Kita bawa perbualan yg menyenangkan.

6.MEMINTA MAAF
-Ringankan lidah kita utk meminta maaf andainya kita yg menyebabkan rakan emo kita menjadi begitu. Mengaku kesalahan atau kesilapan kita walaupun bukan kita yg memulakannya. Kita katakan kepadanya bahawa kita rindukan persahabatan yg terjalin sebelum ini.

7.PERLIHATKAN KEPADANYA BETAPA INDAHNYA ISLAM.
-Jika rakan emo kita seorang yg agak degil, kita cari seseorang yg rapat dengannya
utk memujuk, seperti adik beradiknya, atau kawan karibnya, atau gurunya, atau sesiapa saja yg kita lihat ada potensi yg rakan emo kita itu dapat meluahkan perasaan. Tetapi kita kena ingat, seseorang yg rapat dengannya itu biarlah yg mempunyai pengangan agama yg baik. Kalau sebaliknya, ajaklah guru kausenling atau ustaz/ustazah berjumpa dengan rakan emo kita itu.

~ Selamat Mencuba ye..!!! -wslm-

No comments: