Thursday, January 10, 2013

...رضا الله في رضا الوالدين...

Seusai sahaja mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),hati ini sangat bersyukur padaNya kerana kegembiraan ini.
“Alhamdulillah Ya Allah di atas peluang kejayaan yang Engkau berikan..",bisikku dalam hati.
Aku dan Safiyya,sahabatku di peringkat menengah telah bersepakat untuk meneruskan pengajian kami ke luar negara.Safiyya menghulurkan borang permohonan ke Jordan itu kepadaku. Katanya, dia sengaja mencetak lebih untuk sesiapa yang mahukannya. Bersama borang yang telah dicetak itu, disertakan nombor telefon Ustaz Ahmad, mursyidnya yang menguruskan pelajar-pelajar Malaysia ke Timur Tengah. Saat itu,aku masih belum memberitahu walid akan hal ini.Mengisinya pun belum,akan tetapi aku masih lagi berminat untuk mengambil tahu akan hal-hal yang berkaitan dengan urusan ke sana.Aku tidak mempunyai keberanian untuk mengusulkan lagi hal ini kepada walid dan ummiku oleh kerana hal ini telah diberitahu dan ia juga telah ditolak oleh walid.
“Bukan walid dan ummi tidak suka Aisyah menyambung pengajian ke Timur Tengah."Kami tahu Aisyah sudah besar remaja,tetapi walid khuatir keberadaan kamu di sana tambahan pula kamu tidak pernah berenggang dengan kami..”,kata walid kepadaku.
“Aisyah,ummi harap aisyah dapat ubah fikiran untuk teruskan pengajian dan menduduki peperiksaan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia).Jangan hampakan harapan kami,nak” ,pujuk ummi kepadaku.
Aku tidak mengerti. Mengapa walid dan ummi tidak mahu melepaskan aku pergi. Andai kata aku tidak pandai berdikari, maka biarlah aku pergi membawa diri. Di sana nanti aku pasti dapat belajar berdikari. Lagi pula, aku yakin apabila kita lakukan sesuatu yang kita minat, kita pasti akan berusaha untuk tempuhinya. Aku yakin boleh!

Hari demi hari, sulaman keyakinan hanya tinggal di genggaman. Tiada lagi keyakinan di hati dek remuknya seketul daging itu. Ummi dan walid lansung tidak mengendahkan keinginanku. Malah, walid berkeras supaya aku menyambung pelajaran di dalam negara. Kalau nak berjauhan dengan keluarga lebih dari dua marhalah pun walid tak bagi, apatah lagi mahu ke luar negara.

Maka, aku akur dengan keputusan mereka. Kata orang, ibu bapa lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anaknya. Malah aku sendiri tahu, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.Safiyya telah pun berangkat ke Jordan dalam jurusan pergigian.
* * * * * *
Kini sudah setahun berlalu.Keputusan STAM telah pun diketahui.Alhamdulillah sekali lagi aku diberikan kejayaan.Kali ini aku masih memasang niat untuk melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Kali ini, aku teringin benar untuk ke Jordan kerana Safiyya sudah pun menuntut di sana. Malah, dia juga mengalu-alukan kedatanganku.Bertambah semangat apabila sahabat sefikrahku,Ainul Jannah juga menyimpan hasrat untuk ke sana.Seorang lagi sahabatku Humaira berhajat untuk meneruskan pengajian ke Mesir.

Aku meneruskan impianku untuk meneruskan pengajian ke Jordan dalam bidang Syariah Islamiah. Kali ini, aku memuat turun sendiri borang permohonan ke University Yarmouk itu. Aku cuba menggunakan stratergi yang sama sekali lagi dengan harapan ummi dan walid akan melepaskan aku pergi memandangkan usiaku jua sudah bertambah. Harapnya ummi dan walid tidak mempersoalkan kemampuanku untuk berdikari.

Aku betul-betul berminat untuk melanjutkan pelajaran di sana. Bukan kerana mahu lari dari rumah atau melancong di tempat orang tetapi aku rasakan bahawa di sana aku dapat mendekatkan diri dengan Allah. Aku mahu jadi lebih baik. Aku mahu timba ilmu agama sedalam-dalamnya di sana supaya kelak aku dapat berbakti untuk agamaku.

"Ummi seronok juga kalau kamu dapat sambung belajar di luar negara. Tengoklah mak cik Latifah kamu tu. ..tersenyum lebar dia anak buat dentistry di Mesir" 

"Ummi, aisyah dah siapkan semuanya dah. Ummi tolonglah aisyah ye kali ni." Aku cuba memujuk ummi

. "Sayang, ummi bukan tak nak tolong. Betul ke kamu sanggup nak berjauhan dengan keluarga? Ummi pun tak sanggup berjauhan dengan aisyah selama tu. Entah nanti aisyah makan entah kan tidak."

* * * * * * * 
Di saat aku masih dalam dilema sama ada ingin meneruskan impianku itu atau menuruti permintaan kedua ibu bapaku,aku meminta pandangan seseorang yang dipercayai.Setiap kali aku berhadapan dengan hal sebegini,pasti dia yang akan ku minta pandangan.

Katanya “Aisyah,mungkin saat ini Allah masih tidak mengizinkan untuk Aisyah ke sana.Keputusan di tangan aisyah,cuma akak boleh bagitahu setiap apa sekalipun keputusan yang diambil moga keputusan itu diterima dan direstui ibu bapa kita.Ada sebab dan musabab kenapa umi walid Aisyah tidak izinkan untuk ke sana.Mereka lebih tahu keadaan anaknya.Akak sentiasa doakan Aisyah moga yang terbaik menanti aisyah.Jangan lupa update keputusan aisyah nanti.”

Ruangan chat yahoo messenger dengan akak (senior sekolahku) berakhir dengan pesanan dan nasihat darinya.Terima kasihku ucapkan buat Kak Farah Ain kerana sentiasa setia mendengar luahanku.Dia banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat buatku.Kak Farah merupakan salah seorang senior yang rapat denganku di Maahad dahulu,sekarang dia meneruskan pengajiannya ke Al-Azhar Mesir dalam bidang Ulum Islamiah.

Alhamdulillah Ya Allah kerana aku diberi peluang bertemu seorang sahabat dan kakak seperti dia. 

* * * * * * * 

 "Di sebalik kepayahan disitulah ada kekuatan,
 Tekad hati azimat di perjalanan
 Tak kuragu untuk membuktikan indah bintang
 Yang terang bukan khayalan tetapi kenyataan"

Bait lagu Mimpi yang indah alunan kumpulan nasyid Mestica itu mengasyikkan aku sambil membelek-belek Gen-Q di tanganku.

 "Titit.. titit.. titit.. " Tiba-tiba bunyi gema sms dari handphone menghentikan lamunanku . Ada mesej diterima. Sebaik sahaja skrin sentuh telefon pintarku ditolak ke atas, terpapar mesej daripada Ainul.

 "Aisyah, awak jadi tak nak sambung pengajian di Jordan?" 

Aku terpaku seketika. Tiba-tiba, butir-butir mutiara yang tadinya bergenang di kelopak mata mengalir laju. Entah mengapa persoalan itu bagaikan panah yang menusuk jantungku. Sudah dua bulan aku cuba melupakan bumi Timur Tengah itu.

Namun, kehadiran mesej daripada Ainul mengingatkan kembali bagaimana hatiku remuk apabila ummi dan walid tidak bersetuju aku melanjutkan pelajaran ke Yarmouk. Satu-satunya Universiti impianku. Sebenarnya bukan baru dua bulan, tetapi sudah lebih setahun aku cuba meyakinkan ummi dan walid, aku mampu hidup berdikari.

Sejak sebelum tamat persekolahan lagi, aku dan sahabat baikku, Ainul telah merancang untuk melanjutkan pelajaran ke bumi Anbiya'. Kami telah bertemu dengan ustazah Khadijah untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan. Beliau merupakan graduan Bahasa Arab lulusan university Yarmouk, Jordan. Jadi, sedikit sebanyak pengalaman beliau di sana telah dikongsikan kepada kami berdua.

Setelah tamatnya persekolahan, aku mengisi kekosongan waktu itu dengan aktiviti-aktiviti pengisian rohani dan dakwah. Pada waktu itu, beberapa orang sahabat yang sehalaqah denganku mengajak aku mengikuti mereka ke bumi Anbiya'. Hal ini buat aku lebih bersemangat untuk menuntut ilmu di sana.

Setiap tadah tangan doaku, aku bermohon agar diberi peluang melanjutkan pelajaran di sana. Setiap lenaku juga mula dihiasi mimpi-mimpi indah di Timur Tengah. Aku benar-benar ingin berada di sana. Melihat kebesaran Allah sambil menghayati sejarah islamiyah yang ditinggalkan umat terdahulu. Malah aku teringin benar bertalaqqi bersama sheikh-sheikh arab yang disegani di sana walaupun aku sedar, aku ini muslimah yang masih cetek ilmunya. Teringat kata-kata ustazah, "orang-orang arab ni suka mendengar bacaan al Quran pelajar Malaysia." Aku tersenyum sendirian.

Sekali lagi telefon pintar itu berdering , mengembalikan aku ke dunia realiti.
 "Aisyah?"
Hanya satu perkataan yang terpapar di skrin telefon. Itu bererti Ainul tertunggu-tunggu jawapan daripadaku

. "Ukhti, asif ana terlewat balas. Ana buntu." Aku membalas pesanan ringkas Aisyah 

"Kenapa ni?" 

 "Tak ada apa-apa. Mungkin ana tak ke Jordan. Insyaallah ana sambung belajar di Malaysia saja. :)" Jawabku di akhiri dengan ikon smile. 

Sengaja tidak mahu Ainul mengesyaki apa yang terbuku dihatiku. 

 "Kenapa pula? Bukan ke Aisyah beria-ianak pergi sama?" 

 "Redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Ana redha kalau ini takdirnya."

 "Enti berputus asa?" Soal Ainul ringkas. 

"Tak lah. Putus asa tiada dalam kamus hidup ana. Mungkin ada taklifan lain yang Allah hendak berikan pada ana di sini. Kalau ummi boleh kata ummi tak sanggup berjauhan lima tahun dengan ana, bagaimana ana sebagai anak tergamak berkeras untuk meninggalkan ummi? Semalam, ana ada ditawarkan mengikuti kursus persediaan ke timur tengah tapi ana dah pundelete mesej tu. Ana sudah tekadkan hati ni." Jawabku tenang


"Its ok. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. The most important thing is the subject. Kalau enti minat, kena campak kat mana pun, enti boleh buat. Good Luck!" 

 "Syukran ukhti."

 Mesej itu berakhir di situ. Aku bingkas bangun dari katil dan mengangkat gen-Q yang terjatuh ke lantai sebelum aku terima mesej Ainul tadi. Terlupa aku mengambilnya sebaik saja majalah itu terlepas dari tangan. Sedari awal tadi, hatiku betul-betul terusik membaca satu kolum yang berkisarkan kisah seorang syabab di timur tengah. Kemudian bagaikan diketuk pula dengan pertanyaan Ainul itu. Allahu Akbar. 

"Bersabarlah wahai hati. Telah aku redha Allah sebagai tuhanku, Islam agamaku dan Muhammad s.a.w itu rasulku. Maka, cukuplah Allah bagiku sebagai penolong." 

* * * * * * 

Lamunanku terjaga ketika terdengar azan zohor berkumandang di surau.Terasa sayu bila teringat akan impian itu.Impian yang tidak lagi tertunai. 

“In shaa Allah,mungkin suatu hari nanti,impian itu akan tercapai.”,bisik hati kecilku yang masih lagi menyimpan hasrat yang terpendam. 

Alhamdulillah,rezeki berpihak kepadaku ditawarkan di Universiti tempatan dalam bidang yang lebih kurang sama dengan apa yang aku inginkan,cuma berbeza tempat.Ainul pula meneruskan impian itu,dia mengambil bidang Bahasa Arab di Jordan..Humaira pula berjaya untuk meneruskan pengajiannya ke Al-Azhar,Mesir dalam bidang Syariah.Semoga berjaya Ainul dan Humairaku sayang.



“...Ya Allah,permudahkanlah segala urusanku ini.
Semoga Allah meredhai segalanya.mungkin ini yang terbaik buatku...”

** Satu cerita untuk dikongsikan bersama kalian...smoga bermanfaat bt kalian.syukran,wslm.

Thursday, December 20, 2012

..Serungkai Kata..

..Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.. 20.12.2012 (Khamis) Last tutorial bersama BLC8
"...Kerana Ilmu kita bertemu,kerana Perkenalan ukhuwwah terjalin dan kerana Persahabatan Lillah ia akan berkekalan dan diredhai.."
Tiada apa yang mau dibicarakan kepada kalian,hanya sedikit cebisan yang akan saya lakarkan di ruangan perkongsian ini. Pertamanya,Alhamdulillah Ya Allah di atas kesempatan yang diberi untuk belajar,berkenalan,berukhuwwah dan bersahabat bersama teman2 seperjuangan BLC8.terima kasih di atas peluang yang amat berharga itu. Seterusnya,terima kasih juga buat teman2 yang sedia menjadi sahabat saya selama satu sem kita belajar bersama.Diharap BLC8 ini akan terus kekal dengan warga yang sama sehingga tamat pembelajaran di gedung Ilmu kita ini..in shaa Allah. andai kata jika BLC8 dengan warga yang sama ini sampai di sini sahaja,jangan resah dan gelisah..tabahkan hati,kuatkan diri dan tenangkan fikiran.Moga kita bertemu di luar BLC8,terus bersahabat sepertimana ia pernah terjalin sejak 10 September 2012.
"...Sahabat,,,, ingatlah kemesraan trjalin antara kita.. segala kebahagiaan, kejayaan kita kecapi brsama... sabarlah...dugaan yang melanda merencam jiwa.. tabahlah...segalanya,itu hanya berbakti kesetiaan kita.. ketika kesunyian engkau mnemaniku dikala resah... ku pasrah kepada Allah,tanda kasihku yang abadi..."
..Hanya dirimu selama ini menjadi teman sejati kerana ukhwah yang terbina... ikatan ini, ikatan suci yg trjalin ats rahmatNya... bersama higga ke akhirnya..
~SAHABAT, anda adalah INSAN HEBAT buatku..~
" Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia menyayangi saudaranya spertimana dia menyayangi dirinya sendiri "-hadith
"...Saya ingin memohon maaf jika ada tersalah,terkasar bahasa,terlebih bicara sepanjang persahabatan kita..Saya tidak perlukan pujian yang boleh memberi penyakit hati kepada saya,tapi saya amat perlukan teguran untuk membaiki kekurangan dan kelemahan diri saya.Syukran jzilan buat kalian...Bittaufiq wannajah lil imtihan,wa fi jami'il umur fi dunia wal akhirat.."
"...Ya Allah jernihkan niatku. Ya Allah, aku insan yang lemah memerlukan pertolongan makhluk setelah memohon dengan-Mu. Ya Allah, kini aku berada jauh daripada keluarga tercinta. Aku hanya berharap perhatian dari-Mu. Namun, aku inginkan teman sebagai sahabat. Saat aku diberjauhan dengan keluarga tercinta, Aku ingin berdamping dengannya, agar aku kuat menghadapi dugaan dijalan-Mu. Ya Allah, aku hanya hamba-Mu yang tidak sempurna dan serba kekurangan. Maka itu,Ya Allah, Hadirkanlah seorang sahabat yang soleh dan solehah untukku. Seorang sahabat sebagai pelengkap akan kekuranganku. Ameen Ya Rabbal 'alamin...."
Bersahabatlah kerana Allah SWT, kerana Allah SWT pemilik sekalian makhluk. Dialah yang menemukan kita dengan sahabat sejati kita.
~sekian,jaga diri jaga amal dan jaga Iman.. -wslm-

Tuesday, December 4, 2012

..Manfaatkan peluang yang diberi...

..Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..Selamat Datang December,bermaksud kita hampir di akhir tahun 2012.Pengajian saya pun dah semakin hampir ke penghujung sem,pejam celik dah hampir satu sem saya diberi peluang untuk menuntut Ilmu disini. Peluang..?? tak kisah apa2 peluang pun,kita kena ambil dan manfaatkan sebaik mungkin.sedang asyik membaca post2 (status update) di Facebook,tiba2 terbaca di satu post nie yang mana dari Mama saya tersayang..hehe.Sekadar ingin berkongsi :
"...Salam pagi selasa utk semua... Sekadar renungan beza antara dulu dan sekarang. Musim konvo ni...ingat masa saya konvo dulu cuma ma sj hak g sbb dulu ayah Cik gu sekolah rendah tak dok cuti pah ayah xdok keto cuma motorsikal yamaha sebutir jah. Dulu masa kito belajar kat ITM Dungun ayah g atar naik teksi. Lo ni anak2 kito masuk U tak dan pun dua semester ayah kesian takut anak jalan kaki jauh bagi keto ko anak. Dulu kita paka payung sebutir jalan kaki kat ITM sura hujung.
Bersyukur lah anak2 semua..dan renungkan lah...perit susah zaman2 mak ayah dulu..dan kesenangan serta kemudahan dari allah taala utk kamu semua. Gunakan pada jalan yang baik bkn utk bermegah2..."
Ya,Alhamdulillah peluang itu diberikan kepada saya..Belum masuk sem2 dan tak habis sem1,dah diberi pinjam kenderaan untuk saya berulang alik ke kampus.syukran awi buat ayah saya..hehe.Erm,kalau difikirkan memang benar apa yang dikongsikan oleh mama saya,means kalau nak dibandingkan dengan zaman dahulu bukan main lagi susahnya mereka.Banyak bersabar dan menerima apa sahaja yang ada.Berbeza dengan sekarang,mudah sahaja kita diberi kemudahan..Adakah kita memanfaatkan kemudahan yang diberikan..?? Tepuk dada tanyalaa diri.
Pesanan saya buat diri sendiri : Manfaatkan peluang yang diberikan itu..Kemudahan yang diberi itu membuatkan saya semakin takut dan risau jika saya tidak mampu untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
Setakat ini dahulu,,jaga diri jaga amal dan jaga Iman. -wslm-

Wednesday, November 28, 2012

..Ujian itu bukan melemahkan,ia satu kekuatan..

..Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat sahabat-sahabat pembaca.Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah,in shaa Allah. Seringkali kita mengeluh atau merungut,kenapa mesti terjadi sebegini..?? kenapa mesti aku yang perlu hadapi keadaan ini..?? Malahan diberi-Nya ujian yang sama setiap kali. Setelah satu, maka datang pula satu lagi masalah. Setelah habis dicuba dengan ujian yang merumitkan, didatangkan pula ujian yang menyesakkan dada. Pernah tak terfikir kenapa begitu dan mengapa begini..??

Subhanallah,sungguh indah perancangan Allah dalam mendidik dan mentarbiah hambaNya.Allah datangkan ujian itu bukan untuk melemahkan kita tapi ia adalah satu suntikan semangat buat kita.Dari kelemahan itu kita belajar,kita berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.Allah menciptakan manusia dengan kelemahan, namun Allah tidak membiarkan kita terus menerus hidup dalam kelemahan tersebut. Maka Allah datangkan ujian bertimpa-timpa pada titik kelemahan tersebut sebagai latihan untuk membina sebuah kekuatan. Tiap orang lain ujiannya.Bagaimana..??
Seseorang yang lemah dalam akademik,Allah uji mereka dalam hal tersebut. Bukan sekali sahaja mereka diuji, namun berkali-kali. Ada yang mengalami kegagalan dalam "Midterm" kemudian dalam peperiksaan Akhir musim panas Allah menguji lagi dengan kegagalan walaupun telah berusaha keras.Malah, ada yang bukan pertama kali perlu mengalami kitaran ujian tersebut, bahkan mungkin pada tahun kedua mahupun tahun ketiga. Di titik akademik itulah Allah berkali-kali datangkan ujian pada mereka agar dengan adanya ujian-ujian itu mereka lebih kuat dan mantap pada sebuah pengharapan. Ya, berharap pada Allah setiap kali ujian datang menjengah. Seseorang individu yang lemah dalam ketaatan kepada Allah dan terjerumus ke lembah maksiat, maka pada titik maksiat itu Allah mengujinya berulang kali. Allah mengujinya dengan bakaran nafsu yang menyala, dan bisikan syaitan yang menggoda berkali-kali sehingga tewas ke lembah maksiat itu. Adapun, yang cuba bertaubat dan kembali kepada jalan Allah, namun, nafsu dan bisikan syaitan memanggil-manggil untuknya terjun ke lembah maksiat. Maka tiap kali itulah dia tewas dan kembali ingin bertaubat. Namun, Allah datangkan godaan demi godaan sebagai ujian sehingga manusia tewas. Kemudian dia kembali bertaubat, namun, masih lagi Allah mendatangkan kebaikan kepadanya sehingga hamper-hampir sahaja berputus asa dalam kemaksiatan.

Erm,masing-masing punyai masalah dan cabarannya tersendiri.Bergantung kepada seseorang itu bagaimana ingin selesaikan masalah tersebut.
Rasulullah s.a.w bersabda;
"...Sekiranya Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang itu, Allah akan mengujinya dengan kesusahan.." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Ujian yang Allah datangkan itu sebenarnya adalah untuk memberikan kebaikan kepada kita. Allah sebenarnya ingin memberi kita kekuatan dan menghilangkan dari kita kelemahan-kelemahan tersebut. Maka, Allah menguji kita pada titik yang lemah itu, agar dengan ujian itu, titik lemah itu akan menjadi salah satu kekuatan bagi individu tersebut. Allah ingin mentarbiyah manusia untuk memperbaiki kelemahan diri, maka Allah datangkan cubaan sebagai guru untuk mendidik. Untuk mengubah suatu kelemahan kepada kekuatan, ia memerlukan masa dan konsistensi.

Jangan kita terus lemah dengan ujian yang dihadapi, sebaliknya bangkitlah mencari kekuatan diri anda...Semoga kita sentiasa diberi kesabaran,kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi ujian kehidupan.

Sekian sahaja dari saya,jaga diri jaga amal dan jaga iman. -wslm-

Sunday, November 11, 2012

L.O.V.E

...Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.Kali nie ingin bicara soal C.I.N.T.A,,apa kena nie..?? Erm,bukan bermaksud si penulis nie dah pandai main bab cintan cintun ke apa-apa...tapi ntah kenapa tiba-tiba dapat idea untuk berkongsi tentang tajuk ini.tak semestinya bila seseorang tuu bicara soal cinta,die tengah atau sedang bermain cinta.Please be open minded okey..!
CINTA..?apa kita tau dengan maksud perkataan itu...? Cinta tuu tak semestinya cinta seorang kaum hawa kepada kaum adam kan..? Cinta kepada Allah,Cinta kepada Rasul S.A.W,,Cinta pada ibu ayah kita,keluarga kita...Itupun dikatakan cinta kan..??? ada satu perkongsian buat kalian,terlebih dahulu saya minta maaf sebab ini hanyalaa perkongsian yang saya dapat dari artikel juga diselitkan dengan idea sekeliling.Maafkan saya sekiranya topik ini sangat menjadi isu sensitif,ataupun sekiranya saya ada silap dari segi perkongsian saya.Saya masih belajar.Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua,insya'Allah.
"..Jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana Dia mengetahui segalanya daripada kita.."
Memang benar apa yang apa yg terdapat dalam ayat di atas, dan saya tidak nafikan dan bukannya untuk dibanggakan tetapi sebagai perkongsian bersama kerana perkara inilah yang saya pegang hingga hari ini. Tapi bagi sesetangah orang perkara ini payah kerana ada segelintir orang sahaja yang sanggup menaggung rasa di hati dan menyatakan nya kepada Sang Pencipta.
Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya baca mengenai "Cinta Mengikut Islam" ini;
1 ) Pendam dan luahkan pada Allah
Pertama sekali, jika kita mencintai seseorang haruslah kita pendamkan dahulu dan menyatakan hasrat kita kepada Allah. Kita tidak perlu terburu buru takut perempuan/lelaki itu mencintai orang lain kerana jodoh ini adalah semua aturan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Justeru, menyatakan perasaan kita kepada Allah terlebih dahulu, itulah cara yang paling terbaik kerana insyaAllah, Allah tidak akan memberi sesuatu kepada kita melainkan kita berhak mendapat nya dan dalam bab jodoh ini kita berusaha lah menjadi hamba Allah yang terbaik. Niatkan pertamanya apa yang kita lakukan ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan jodoh yang baik, tetapi adalah semata-mata kerana Allah. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap kebaikan itu pastinya akan diganjari dengan kebaikan pula. Demikianlah juga dalam perihal jodoh sesudah kita mantapkan diri atas apa yang kita lakukan semata-mata kerana-Nya, sudah tentulah Allah akan berikan yang 'sekufu' iman dengan kita. Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu.
Allah telah janji dan berfirman dalam kitabNya yang bermaksud; "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah sebalik nya" (Surah an-Nur ayat 26)
2) Nilai dan selidiki sebelum mencintai
Cinta itu hadir tanpa kita sangka. Kadang-kadang ianya berputik tanpa kita sedari. Ada pula yang hadirnya walau hanya pertama kali bertentang mata (sekali pandang). Namun, sebelum kita membiarkan cinta itu tertanam di lubuk hati kita yang paling dalam, maka nilailah cinta kita itu semula. Adakah cinta kita itu untuk dunia sahaja? Kerana kemewahannya kah? Untuk memuaskan nafsu diri kah? Atau semata-mata kerana untuk menyempurnakan agama? Andai cinta kita kepada seseorang itu hanyalah kerana nafsu dan dunia, maka rugilah kita kerana kita tidak akan dapat apa-apa melainkan kepuasan hanya di dunia. Tetapi jikalau kita mencintai seseorang kerana Allah dan berniat untuk memuliakannya dengan ingin menikahinya maka besarlah pahalanya sedang perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah rumah Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab kecantikannya" "Aik, awak nikah ni tanpa nafsukah?"
Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.
3) Jauhilah 'bercouple"
Andai diri telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara ini langsung tidak dianjurkan dalam Islam. Sesungguhnya budaya couple ini bukanlah satu pegangan Islam kerana padanya terlalu banyak perkara-perkara yang boleh membuatkan pasangan bercouple ini lebih cenderung kepada mendekati zina.
Sepertimana di dalam al-Quran ada menerangkan, "la taqrabuz zina" yang bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina" yang mana para ulamak mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Maka, apakah dengan bercouple juga tidak termasuk di dalam mendekati zina? Walaupun mungkin ada antara pasangan couple yang berkata;
"Saya tidak pernah keluar berdua dengan dia"
"Ana jarang telepon..."
"Awek aku tak pernah sms pun. Kalau ada pun perkara yang penting je"
Namun, tanpa sedar kita tidak tahu bahawa kita sedang melaku zina hati yang mana sedikit demi sedikit akan membawa kita melakukan dosa yang lebih besar. Nau'uzubillah
4) Solat Istikharah dan musyawarah (berbincang)
Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk kepada Allah dan bermusyawarah (berbincang) meminta pendapat daripada orang yang dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan bermohon kepadaNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya kerana Allah atas asbab agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang.
5) Bertindaklah ke arah kesempurnaan Iman
Alhamdulillah, jika Allah telah berikan kelapangan di atas solat istikharah yang kita lakukan. Salah satu daripada petunjuk istikharah selain mimpi ialah apabila hati kita terasa lapang dan yakin dengan keputusan yang ada. Maka, bertindaklah. Bertindak di sini ialah dengan memilih seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita. Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu.
Saudara saudari saya sekalian, couple ni memang indah tetapi beracun.Kenapa saya boleh berkata sedemikian..??walaupun tiada pengalaman sendiri dalam hal nie,tapi saya jadikan pengalaman sekeliling sebagai pengajaran. Memang benar, pada mula berasa semuanya manis, namun pertengahannya semakin kurang dan akhirnya tawar dan pahit sekali untuk ditelan. Moga ianya menjadi pengajaran buat saya. Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya semua hubungan kita dengan manusia mendapat keredhaanNya dan Allah akan menjadikan kita insan yang lebih baik supaya insyaAllah kita dikurniakan pasangan yang juga baik.
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau Naluri tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu...TIDAK..!! Islam tidak suruh membunuh Naluri.Jangan nafikan Naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri.Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan Naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada Nalurinya.Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa Naluri nafsu. Jangan jadikan Cinta kita FITNAH... Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.
Bersabarlah saat menanti kerana ia sebuah keindahan. Dan masa akan sentiasa berlalu. Bergerak pantas tanpa tuju. Allah yang menggerakkan waktu. Sampai suatu saat itu, segalanya akan berakhir dan pastinya akan berlalu. Berakhir bererti tamatlah sebuah cerita. Buat mereka yang menjaga jiwa dan anggota, maka beruntunglah. Jua pada sekeping hati yang penuh percaya pada Allah Maha Pencipta, turut sama termasuk di dalam sebuah cerita. Bahawa cinta itu penuh kebaikan dan hasanah. Yang menuntut sepenuh kepercayaan jiwa dan raga.
"..Ya Allah,HambaMu telah tersesat jalan..Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat,Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia..Ameen Ya Rabbal'alamin.."
Firman Allah yang bermaksud :
"..Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui.." {Al-Baqarah : 216}
Setakat ini dahulu perkongsian saya..sekali lagi,maafkan saya sekiranya ada kesilapan dari segi input2 yang saya kongsikan ataupun kesilapan dari segi cara penyampaian perkongsian. Maafkan saya juga kerana saya juga manusia biasa yang ada kesilapan dan kelemahan sendiri..saya bukan nak budget bagus,cume sekadar kongsikan dengan kalian apa yang saya dapat,saya turut berusaha menjadi yang baik dan perbaiki kelemahan diri.Doakan saya..Sekian sahaja, Jaga Diri,Jaga Amal dan Jaga Iman. -Wslm-

Monday, November 5, 2012

..Amanah.Tanggungjawab..

..Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..Alhamdulillah dah pun kembali ke gedung Ilmu,kembali menjadi penuntut Ilmu,kembali berjihad di medan Ilmu.Moga dipermudahkan segala urusan.Alhamdulillah dah pun 2 bulan mungkin belajar kt sni,dah lepas midsem pun..exam akan menjelang hanya seminggu lagi..huhu.mcam biase,masih lagi sempat blogging.
Amanah.Tanggungjawab...?? Erm,saya ada kt sni menggalas amanah dan tanggungjawab.dan tak disangka,Allah bagi saya peluang untuk itu.Rezeki.Mungkin tuu juga dapat mengurangkan beban tanggungan ayah & mama.
Terfikir sejenak,mungkin nie juga hikmah di sebalik saya still berada di sini.Angan2 dulu mahu ke timur tengah (mesir/jordan),tapi disebabkan ayah & mama saya minta untuk saya stay dalam negara,katanya risau anak dara mereka jauh sangat..susah kalau ada apa2.Hati memang nak g sangat,apakan daya bila itu yang diminta oleh saya punya parents.Tambah2 "..Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan Ibu Bapa..",saya berusaha untuk dapatkan keredhaanNya,so saya kena dapatkan juga keredhaan ibu bapa saya.Bila angan2 tuu dilupakan,Alhamdulillah Allah letakkan saya di gedung Ilmu nie.Kemudian Dia bagi lagi saya peluang untuk itu.Terima kasih yang tak terhingga kepada ayah & mama di atas kemudahan yang diberikan kepada saya,membuatkan saya lebih takut kalau tak dapat nak capai apa yang diharapkan.
..Alhamdulillah Ya Allah atas peluang yang diberi.. Semoga aku diberi kekuatan untuk menggalas amanah & tanggungjawab yang dberi nie,takut tak dpat nk galaskan amanah nie dgn sempurna.
"..Ya Allah,aku ingin berjaya bukanlaa kerana aku ingin takabbur tapi aku ingin buktikan kebesaranMu bahawa Kau bersama orang2 yang berusaha,bersabar dan tawakkal..Ya Allah,jika bukan Kau yang berikan keluargaku ketabahan selama ini,kami akan jauh dariMu. Tamaknya aku Ya Allah,kerana terus bermohon padaMu supaya Kau kekal memberiku nikmat. Aku ingin membahagiakan ibu bapaku,guru2ku,teman2ku dan umat Islam atas kejayaanku..Ya Allah Ya Rabbi,perkenankalaa doaku ini. Ameen Ya Rabbal'alamin.."
Motivate myself : tajdid niat skmo..!! Tenangkan fikiran,tabahkan hati,kuatkan dri..Usaha + Sabar + Ikhlas +Tawakkal = Insya'Allah kheirr. {n_n}
Sekian sahaja, Jaga Diri,Jaga Amal & Jaga Iman. -wslm-

Saturday, November 3, 2012

Apa itu Kelebihan Usrah..?

..Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.Alhamdulillah,Allah bagi peluang lagi hari ini untuk teruskan liku-liku kehidupan yang masih berbaki.Lama tak blogging,kesuntukan masa pabila bergelar penuntut Ilmu.Semoga dipermudahkan segala urusan,insya'Allah.
Ingin berkongsi maklumat sedikit dengan kalian tentang apa itu kelebihan USRAH..?? Sebelum tu,ingin cerita sedikit pengalaman saya menyertai usrah.Bermula di sekolah,Alhamdulillah saya dapat peluang tu.Peluang untuk join usrah.Usrah di zaman persekolahan,mungkin nampak biasa...tapi itulaa satu pengalaman berharga kerana kita telah didedahkan dengan usrah.Dan Alhamdulillah,sekali lagi saya diberi peluang untuk menyertai usrah di peringkat uni. Sebenarnya apa itu usrah..??
Usrah merupakan sebuah kumpulan kecil manusia yang bertemu secara berkala untuk memahami Islam,berkasih sayang dan saling membantu antara satu sama lain kerana Allah. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "..Perumpamaan orang Mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling mencintai seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya berasa sakit,maka seluruh anggota tubuh yang turut merasa kesakitannya.." Dalam group usrah,kita boleh berkongsi Ilmu/pendapat juga membimbing antara sesama ahli.Bukan itu sahaja,usrah juga boleh kita selitkan aktiviti2 laen..contohnya mengatur satu program lawatan ke rumah anak yatim mungkin dan seumpamanya.
Kelebihan Usrah..???
Memahami Islam,setiap ahli group usrah diajar untuk memahami dan kemudian menjadikan ISlam sebagai cara hidup dengan melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Pelaksanaan aktiviti usrah yang kreatif akan lebih menarik minat. Apabila proses ini berlaku,secara tidak langsung ahli usrah sebenarnya telah terpandu ke arah jalan yang betul. Ya,matlamat yang betul tapi jalan untuk menyampaikan itu berbeza. Kreatiflah dalam menyampaikan keindahan Islam..!

Selain itu,Usrah juga dapat Memotivasikan Diri. Ianya seperti phone charger.Manusia nie biasanya penuh dengan kekusutan dan kesusahan.Setiap kali sesi usrah,setiap ahli akan diberi ruang untuk berkongsi masalah,teguran,idea dan nasihat. Secara tidak langsung,suasana tolong-menolong antara satu sama laen dihidupkan.Kita akan sentiasa diingati dengan nasihat or tguran,automatically dapat motivate diri kita.Hidup nie perlu sentiasa bermotivasi.

Saiyyidina Umar Al-Khattab r.a ada mengatakan "..Engkau mestilah mencari saudara2 yang jujur dan hiduplah dalam kalangan mereka kerana mereka itu perhiasan pada waktu senang dan bekalan pada waktu susah.." Kita boleh mendapat kenalan baru dengan berusrah.Usrah nie adalah sekumpulan manusia yang kecil,kita berpeluang untuk mengenali rakan2 seusrah kita dengan lebih dekat. Dengan adanya sesi suai kenal/taaruf/ice breaking,kita boleh kenal antara sesama ahli. Mungkin sebelum nie kita hanya mengenali rakan kita tuu biasa2 je,tapi dengan usrah nie kita boleh kenal dengan dekat lagi..kita akan rasa satu keluarga,sayang keluarga tsbt. Istimewanya usrah kerana dijadikan tempat untuk mencungkil bakat seseorang.Kita boleh mengadakan aktiviti berkumpulan or individu,cthnya menghasilkan karya puisi,memasak,mencipta video islamik,mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan pelbagai lagi. Melalui aktivit sbegini,secara tidak langsung ia dapat memberi peluang kepada ahli usrah untuk mencuba sesuatu benda baru,sekali gus menguasai kemahiran2 yang tidak pernah mereka cuba sblm nie.

Itulaa antara rahsia keistimewaan usrah..kalau diikutkan banyak lagi,saya sekadar berkongsi apa yang saya dapat.Ssape yang nk tambah,dialu2kan..atau ada nak tegur kot2 ada silap dari maklumat saya niepun,dialu2kan.Saya menerima dengan hati terbuka.
Sekadar itu sahaja perkongsian saya pagi nie,Insya'Allah moga ditambah Ilmu supaya saya dapat berkongsi sedikit Ilmu yang saya ada di ruangan My Simple Blog. Mafkan saya sekiranya ada kesilapan. Jaga Diri,jaga amal dan jaga Iman. -wslm-