Thursday, July 12, 2012

..Coretan 22 Syaaban..

Assalamualaikum.pejam celik dah masuk 22syaaban hari nie..kte ada mase lbih kurang seminggu utk menyiapkan diri nak menyambut "..Karnival Ibadah..",,insya'Allah. isu apa yang ingin dikongsikan utk post kali nie..?? Erm,actually saya pun tak tau apa topik yang menarik...tapi fikiran nie sering teringat akan ruangan nie *My Simple Blog*,tangan pula nak je mengarang sesuatu,idea nie datang mencurah dlam benak fkiran utk dkongsikan dsni.
Saya nie bukanlaa banyak sangat Ilmu,bukan jg orang yg bijak pandai tp saya berusaha utk mncari Ilmu..so bila dapat Ilmu tu,terlintas di fkiran saya untuk berkongsi sedikit Ilmu dalam ruangan nie.kadang2 terfikir jg ada ke yang nak baca saya punya ruangan blog nie..tapi hati pun jawab,"..saya buat blog nie bukan untuk dimasyhurkan,,sekadar belajar utk blogging dan mengarang.." disamping tu blajar untuk menyampaikan apa yang saya tahu..saya nak ucapkan terima kasih pd yang sudi menjenguk blog saya nie,sudi utk jadi followers blog nie.Jangan baca je,kalau ada apa2 somethim yang buat kalian ragu2 dengan apa yang saya tulis nie ataupun saya ada silap kt mane2,,tolong bagitau ye kerana saya hanyalaa manusia biasa yang serba kekurangan,kerana saya masih lagi belajar dan berusaha untuk mencari Ilmu.
Setakat nie dulu ye post hari nie,,memang tiada idea dh nak mengarang nie.sekadar memberitahu apa yang terbuku di hati dan terlintas di fikiran.oh ye,esok hari yang dinantikan oleh pelajar lepasan STPM/STAM/Asasi & setaraf *Saya juga salah sorang darinya*. Insya'Allah esok akan diketahui keputusannya.Doakan2laa mga yang terbaik menanti kami. BittaufiQ wannajah buat diri sendiri & buat sahabat2.
Sekian sahaja dari saya. Jaga Diri,Jaga Amal,Jaga Iman dan Jaga Hati.
..Tenangkan fikiran,tabahkan hati.. (^_^)

Thursday, June 21, 2012

Syaaban Menjelang,, Ramadhan Menanti.. (^_^)

Assalamualaikum. Alhmdulillah Ya Allah atas segala nikmat yg diberikan kpd hambaMu. Alhmdulillah kerana aku masih lagi diberi peluang untuk merasai nikmat Syaaban.semoga aku terus diberi peluang untuk bertemu dengan bulan yg dinantikan oleh hamba2Mu i.e Ramadhan Al-Mubarak,insya'Allah.
"...Rejab seperti angin yang mula bertiup, Sya'aban seperti sekumpulan awan hitam bergumpalan dan Ramadan adalah seperti titisan air hujan yang menurunkan seribu rahmat.."
Jom kita manfaatkan bulan yg penuh barakah ini,, kerana sebahagian ahli hikmah berkata
"...Bahawa sesungguhnya bulan Rejab itu adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa..."
Taukah anda apakah antara kelebihan Syaaban...???
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Sabda Rasulullah s.a.w: ”Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.”
Diriwayatkan dari Umamah Al-Bahiri R.A berkata Rasulullah bersabda "..Apabila masuk bulan syaaban, cerialah dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.."
Kita sentiasa berdoa dan merasa amat bertuah jika diizinkan Allah SWT untuk menemui lagi Ramadan yang bakal membuka tirainya dalam masa tidak sampai satu bulan. Umat manusia seringkali berharap agar dapat bersama Ramadan sehingga ke akhirnya dan bertemu lagi dengannya pada tahun akan datang.
Rasulullah SAW bersabda, dalam hadisnya yang bermaksud: "Kalaulah umatku tahu tentang kebaikan bulan Ramadan mereka pasti mengharapkan biarlah Ramadan itu sepanjang tahun". (Riwayat at-Tabrani)
Sebulan lagi sebelum kita bertemu dgn Ramadhan... adakah kte smua dh bersiap sedia utk menemuinya..?? tajdid niat selalu erh.. insya'Allah mga kte dberi keizinan untuk bertemunya. ‎
.اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا الى رمضان... امين يا رب العالمين..
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ صَلاَتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَتِلاَوَتَنَا، وَصَالِحَ أَعْمَالَنَا ، اللَّهُمَّ وَمَا قَصَّرْنَا فِيْهِ فَاغْفِرْهُ لَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.
"..Ya Allah, terimalah segala solat kami, puasa kami, bangun malam kami, bacaan Al-Quran kami dan segala amal kebaikan kami, Ya Allah, Engkau ampunkanlah segala kekurangan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani.."
Sekian sahaja post untuk hari ini.. jg dri,jg amal, jg iman & jg hati. -wslm-
:: Syaaban Menjelang,, Ramadhan Menanti.:: .smoga dberi peluang utk btemu dgnnya. (^_^)

Sunday, June 17, 2012

~Ujian Dunia Jambatan Akhirat

Assalamualaikum.tengah asyik mencari artikel dlam ruangan I luv Islam, rasa berkenan dgn tjuk artikel yg akan sy kongsi bersama kalian.
Dunia itu umpama satu jambatan. Akhirat itu umpama satu perhentian. Destinasi yang kekal buat selama-lamanya. Akhirat itulah bermulanya satu kehidupan yang baru dan abadi. Tiada siapa menduga waktu dan saat bila ianya akan berlaku. Tiada siapa yang dapat memberitahu kita kerana rahsia itu hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Pemilik Agung Rahsia alam! Detik berlalu meninggalkan kita. Saat yang tiba menanti dengan penuh rahsia. Kita tidak tahu apa yang bakal menimpa, menguji dan mendatangi kita.. Samada yang akan hadir itu nanti adalah musibah, ujian, duka atau bahagia.. Yang pasti semuanya adalah teristimewa dan terindah daripada Allah untuk kita. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 216)
Bergembiralah dan senyumlah apabila yang menjadi tetamu kehidupan itu adalah ujian atau musibah. Ujian itu tidak semuanya pahit dan tidak semua yang pahit itu tidak baik untuk kita. Adakalanya yang pahit itu umpama ubat. Seperti orang yang sakit, ubatlah temannya. Begitulah ujian musibah yang Allah berikan untuk kita. Allah berikan 'ubat' agar menjadikan hati kita lebih baik dan sihat. Dan ujian itu jugalah tanda Allah mengasihi kita.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya." (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Maha suci Allah yang memiliki seluruh alam.. Dia mengetahui apa jua yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Hanya dengan sekelumit ujian membawa kita membesarkan Allah di dalam hati. Ya, dengan sekecil-kecil musibah itu juga membawa minda kita supaya sentiasa berpaut mengharap perlindungan dan perhatian daripada Allah SWT. Sungguh, dengan ujian itulah Allah meninggikan darjat hambaNya.. Maka usah bersedih dan sentiasalah bersangka baik tika diri diuji.
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Al-Imran, ayat 139)
sumber dipetik : I luv Islam
~sekian shj, jg dri jg amal jg iman & jg hati. (^_^) -wslm-

Thursday, June 7, 2012

Buat yg bergelar Da'ie

Assalamualaikum...lame benar tak jenguk,tak update ruangan perkongsian nie.bukan tdak mau update tp oleh kerana ada hal yg perlu diuruskan..dtmbh pula dengan masa yg sering mencemburui kita.smoga kalian sntiasa dberi ksihatan,kekuatan & kesabaran dlam menghadapi liku2 kehidupan.
Izinkan saya utk berkongsi sesuatu kpd yg bergelar Da'ie.
Wahai daie, jangan kamu berasa lemah meski dalam hati terasa berat saat melalui jalan ini. Sukar dan melelahkan. Allah kan ada..^_^
Alhamdulillah.. Syukur pada ALLAH akan nikmat yang di kurnia pada kita.. ~Wahai daie, jangan kamu berasa lemah meski dalam hati terasa berat saat melalui jalan ini. Sukar dan melelahkan. Banyak yang perlu kau korbankan (terutamanya keinginan hawa nafsu). Namun, harus kau tahu bahawa ada bahagia di sana. Bahagia yang tidak bisa di rasa oleh mereka yang ingin hidup biasa-biasa saja. Ada keindahan yang tak mungkin ditemukan jika memilih untuk hidup untuk dunia semata. Kebahagian dan keindahan itu bisa diraih bila hatimu kau dekatkan dengan Pencipta. Keperitan, kesakitan dan kelelahan seolah-olah 'terbius' oleh kecintaan padaNya.Wahai daie..Andai kau berasa lemah itu bukan salahmu kerana kau hanyalah manusia. Seperti Rasul juga. Dan kerana itu Allah telah memotivasikan kita dengan ayatnya Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman (Ali-Imran:139).
Ingatlah, dipenghujung hayat kita akan kembali kepadaNya dan jalan ini satu-satunya jalan selamat untuk bertemu denganNya.. "..YA ALLAH.. Moga KAU menerima amal ibadah kami Ya ALLAH..Ampunkan dosa ku ya ALLAH..."
~sekian shj utk kali ini...smoga perkongsian ini bmanfaat buat kalian.mafkan saya sekiranya ada tkhilaf dmane2,tlebih bicara. pesanan saya bt kte smue : jg dri leklok,jg amal moleks,jg iman kemas2 & jg hati baek2. {n_n} -wslm-

Sunday, May 27, 2012

I love u so...! {n_n}

Kuberdoa Dengan jiwa dan tubuhku Setiap hari sepanjang hidupku Dengan napasku Aku berjanji pada-Mu Untuk hidup hanya untuk-Mu O Allah! Kau bangkitkan jiwaku Cahaya-Mu terangi hatiku Hidupku, Kupersembahkan pada-Mu Ku milik-Mu Ku milik-Mu
Kini kutahu rasanya Hidup dalam cahaya kasih-Mu Kini kutahu rasanya Menemukan damai di hati Seandainya semua tahu Indahnya mengabdi pada-Mu Seandainya semua tahu Kasih-Mu lepaskan belenggu Bebaskanku, kuatkanku
O Allah! Kubersyukur pada-Mu Walau kata tak sanggup ungkapkan Kau buatku, Mampu lawan keraguan Dan tegar hadapi tentangan Hanya Engkau Sanggup bangkitkan jiwaku Cahaya-Mu terangi hatiku Dan hidupku, Kupersembahkan pada-Mu Ku milik-Mu Ku milik-Mu

Thursday, April 12, 2012

Monday, March 26, 2012

~Taubat Seorang Hamba..





Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...


Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...