Sunday, June 17, 2012

~Ujian Dunia Jambatan Akhirat

Assalamualaikum.tengah asyik mencari artikel dlam ruangan I luv Islam, rasa berkenan dgn tjuk artikel yg akan sy kongsi bersama kalian.
Dunia itu umpama satu jambatan. Akhirat itu umpama satu perhentian. Destinasi yang kekal buat selama-lamanya. Akhirat itulah bermulanya satu kehidupan yang baru dan abadi. Tiada siapa menduga waktu dan saat bila ianya akan berlaku. Tiada siapa yang dapat memberitahu kita kerana rahsia itu hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Pemilik Agung Rahsia alam! Detik berlalu meninggalkan kita. Saat yang tiba menanti dengan penuh rahsia. Kita tidak tahu apa yang bakal menimpa, menguji dan mendatangi kita.. Samada yang akan hadir itu nanti adalah musibah, ujian, duka atau bahagia.. Yang pasti semuanya adalah teristimewa dan terindah daripada Allah untuk kita. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 216)
Bergembiralah dan senyumlah apabila yang menjadi tetamu kehidupan itu adalah ujian atau musibah. Ujian itu tidak semuanya pahit dan tidak semua yang pahit itu tidak baik untuk kita. Adakalanya yang pahit itu umpama ubat. Seperti orang yang sakit, ubatlah temannya. Begitulah ujian musibah yang Allah berikan untuk kita. Allah berikan 'ubat' agar menjadikan hati kita lebih baik dan sihat. Dan ujian itu jugalah tanda Allah mengasihi kita.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya." (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Maha suci Allah yang memiliki seluruh alam.. Dia mengetahui apa jua yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Hanya dengan sekelumit ujian membawa kita membesarkan Allah di dalam hati. Ya, dengan sekecil-kecil musibah itu juga membawa minda kita supaya sentiasa berpaut mengharap perlindungan dan perhatian daripada Allah SWT. Sungguh, dengan ujian itulah Allah meninggikan darjat hambaNya.. Maka usah bersedih dan sentiasalah bersangka baik tika diri diuji.
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Al-Imran, ayat 139)
sumber dipetik : I luv Islam
~sekian shj, jg dri jg amal jg iman & jg hati. (^_^) -wslm-

Thursday, June 7, 2012

Buat yg bergelar Da'ie

Assalamualaikum...lame benar tak jenguk,tak update ruangan perkongsian nie.bukan tdak mau update tp oleh kerana ada hal yg perlu diuruskan..dtmbh pula dengan masa yg sering mencemburui kita.smoga kalian sntiasa dberi ksihatan,kekuatan & kesabaran dlam menghadapi liku2 kehidupan.
Izinkan saya utk berkongsi sesuatu kpd yg bergelar Da'ie.
Wahai daie, jangan kamu berasa lemah meski dalam hati terasa berat saat melalui jalan ini. Sukar dan melelahkan. Allah kan ada..^_^
Alhamdulillah.. Syukur pada ALLAH akan nikmat yang di kurnia pada kita.. ~Wahai daie, jangan kamu berasa lemah meski dalam hati terasa berat saat melalui jalan ini. Sukar dan melelahkan. Banyak yang perlu kau korbankan (terutamanya keinginan hawa nafsu). Namun, harus kau tahu bahawa ada bahagia di sana. Bahagia yang tidak bisa di rasa oleh mereka yang ingin hidup biasa-biasa saja. Ada keindahan yang tak mungkin ditemukan jika memilih untuk hidup untuk dunia semata. Kebahagian dan keindahan itu bisa diraih bila hatimu kau dekatkan dengan Pencipta. Keperitan, kesakitan dan kelelahan seolah-olah 'terbius' oleh kecintaan padaNya.Wahai daie..Andai kau berasa lemah itu bukan salahmu kerana kau hanyalah manusia. Seperti Rasul juga. Dan kerana itu Allah telah memotivasikan kita dengan ayatnya Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman (Ali-Imran:139).
Ingatlah, dipenghujung hayat kita akan kembali kepadaNya dan jalan ini satu-satunya jalan selamat untuk bertemu denganNya.. "..YA ALLAH.. Moga KAU menerima amal ibadah kami Ya ALLAH..Ampunkan dosa ku ya ALLAH..."
~sekian shj utk kali ini...smoga perkongsian ini bmanfaat buat kalian.mafkan saya sekiranya ada tkhilaf dmane2,tlebih bicara. pesanan saya bt kte smue : jg dri leklok,jg amal moleks,jg iman kemas2 & jg hati baek2. {n_n} -wslm-

Sunday, May 27, 2012

I love u so...! {n_n}

Kuberdoa Dengan jiwa dan tubuhku Setiap hari sepanjang hidupku Dengan napasku Aku berjanji pada-Mu Untuk hidup hanya untuk-Mu O Allah! Kau bangkitkan jiwaku Cahaya-Mu terangi hatiku Hidupku, Kupersembahkan pada-Mu Ku milik-Mu Ku milik-Mu
Kini kutahu rasanya Hidup dalam cahaya kasih-Mu Kini kutahu rasanya Menemukan damai di hati Seandainya semua tahu Indahnya mengabdi pada-Mu Seandainya semua tahu Kasih-Mu lepaskan belenggu Bebaskanku, kuatkanku
O Allah! Kubersyukur pada-Mu Walau kata tak sanggup ungkapkan Kau buatku, Mampu lawan keraguan Dan tegar hadapi tentangan Hanya Engkau Sanggup bangkitkan jiwaku Cahaya-Mu terangi hatiku Dan hidupku, Kupersembahkan pada-Mu Ku milik-Mu Ku milik-Mu

Thursday, April 12, 2012

Monday, March 26, 2012

~Taubat Seorang Hamba..





Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...


Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

Thursday, March 22, 2012

Indahnya Stress utk org Beriman...!

Assalamualaikum.smoga kte smua sntiasa dberkati Allah Ta'ala,,insya'Allah..ingin bbcara soal stress..taukah apa yg dimaksudkan dgn perkataan S.T.R.E.S.S...??? watch-out..!

STRESS atau dalam bahasa melayunya Tekanan,,bhs arab dsebut الضغط....itu maksud dari segi bahasa.istilahnya ialah,, stress mrupakan reaksi tabii tubuh badan kte trhadap rangsangan fizikal dan emosi.Oleh sebab itu,, stress adlh fitrah manusia.Maksudnya stress ialah keadaan yg pasti berlaku dalam dri mnusia...
Firman Allah yg bermaksud : "Sesungguhnya manusia dijadikan bertabiat resah gelisah.Apabila ditimpa kesusahan dia berasa keluh kesah.Dan apabila dia mendapat kesenangan dia sangat bakhil". (Surah Al-Ma'arij : 19-21).

pernah terfikir di minda kte bgaimana kte nak hapuskan stress nie..? taupun,,kte akan mengeluh dgn berkata "buat gpo2 mst ada stress...xbst r gni gk" & bla3...ada sdikit ilmu utk dkongsi brsama kalian.
Stress bukan untuk dihapus,ttapi untuk diurus.Tanda kesempurnaan manusia ialah apabila dia tidak sempurna.Dan stress adlh bukti manusia tdak smpurna.oleh itu,dalam bbrapa keadaan manusia memerlukan stres.Sdikit stress dperlukan utk menghasilkan kerja yg berkualiti dan produktif.Namun jgn berlebihan,mgkin akan menyebabkan pelbagai masalah...Indahnya Stress utk org Beriman..! Mengapa saya berkata sedemikian...???
Didapati ada bberapa manfaat Stress nie :-
* Stress akibat takut gagal,,menyebabkan kte bangun berusaha dengan lebih gigih.
* Stress akibat hubungan kte yg tdak mesra dgn Ibu bapa,,menyebabkan kte btindak mminta maf,bterus terang dan melakukan tindakan2 positif bagi membetulkan keadaan.
* Stress kerana jahil akan mendorong ssorg itu bangun menimba Ilmu.
* Stress kerana merasakan diri berdosa akan mendorong org yg masih ada sekelumit Iman dlm hati beristighfar,bertaubat dgn sungguh2 dan berazam tdak akan mngulangi dosa silam.
* Stress kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dlm hdup.
* Stress kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan menyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
* Stress kerana diagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan plbgai usaha utk menyembuhkan.


Nmun bgitu,,dalam Keindahan ada juga Kemudaratan...apakah ia..?
Kalau Stress da smpai tahap maksima,apa2 shj kerisauan,kebimbangan taupun ketakutan kte layani dan dtmbah pula dgn bmcm2 prasangka buruk,,alamatnya hancurlaa diri kte..Stress melebihi dos akan menimbulkan keletihan bg jwa dan menyebabkan prasaan lelah.Kalau Jiwa kte nie sring huru hara bgai,,xde istirehat maka jiwa itu akan lemah dan akhirnya akan mati..Akibatnya...??? manusia yg alwyz happy g0-lucky,ceria skmo,bsemangat menjadi individu yg lemah,murung dan putus asa...bermulalah episod yg tak best i.e terjebak dgn perkara yg menyimpang arah (dadah,arak dan seumpamanya..nauzubillah)

So,,kte nie sbg manusia yg berakal,waras,yg mempunyai Ilmu kena laa pikirkan bgaimana kte harus menghadapi stress dgn betul supaya ia tdak mencarik kebahagiaan dan ketenangan hdup kte..apa jua keadaan yg kte hadapi,kte kena sntiasa ingatkan apa.?? Ingatlaa bhw kte ada Kekasih Sejati yg sntiasa ingin mendegar rintihan kte..iaitu Sang Pencipta Makhluk & seluruh Alam,, ALLAH S.W.T..Sungguh indahnya,krana Allah sentiasa hampir dgn kte dan sntiasa mendegar rintihan hambaNya..tp kte..? Astaghfirullah,,ingat pdNya hny ktika ditimpa kesusahan,kesedihan,masalah dan seumpamanya...perlu diingatkan bhw perkara utama yg perlu utk kte adlh kte perlukan Allah dan mesti bsame2Nya pd stiap ketika dan keadaan...Jangan hny ketika menimpa Kesusahan tp pabila dberi Nikmat Kesenangan lbih2 lgi kte perlu ada pdNya....Kte msti sedar tujuan Allah menciptakan kte adlh utk menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Dan utk misi itu,Allah tlh kurniakan pelbagai kekuatan dalam diri kte.Allah juga menyediakan guideline utk kte iaitu ktb Suci Al-Quran dan Sunnah utk kte memandu arah..

Cara2 menangani STRESS..!!
> Solat teras pengurusan Stress
> Yakin boleh Hasil Keyakinan
> Patuhi syariat dan amalkan Akhlak
> Mind-set perlu dtukar from Negative to Positif..hapuskan negative thinking dan pupuk dri dgn positive thinking..

~Dengan Iman,kte yakin ujian dan cabaran itu datang daripada Allah..Iman menimbulkan rasa baek sangka,rasa pengharapan dan keyakinan kpd pembelaan Allah.

Harus diingatkan bhw Allah tdak datangkan Ujian & Dugaan kpd kte dgn sia2.ada hikmah dsebalik apa yg berlaku..Ujian adlh suatu bnda yg kte perlu tangani dgn baek,bijak,sabar & tabah..bukan satu bebanan utk kte,tp satu cabaran utk kte tempuhi.

"...Kadangkala dlm perjalanan merentasi menuju kpdNya yg satu,berbagai dugaan menimpa..Menguji keimanan kte satu persatu..Ada kalanya kte rasa da tak mampu utk meneruskannya,,mahu beralih arah & berputus asa..tapi yakinlaa bhw dsana ada satu yg amat berharga menanti..Iaitu kebahagiaan yg hakiki bila hati insan disirami sinaran Keimanan dan KetaQwaan. Tabahkan hati dalam menempuhi kehidupan.smoga kte sntiasa dberi kekuatan oleh Allah S.W.T utk tempuhi rintangan wlau apa jua keadaan sekalipun,,Insya'Allah..."


Setakat ini dahulu bicara kte bt kali ini..mafkan saya jika ada trsalah bhs,tsilap information,tkhilaf dmane2 krana saya jg masih brusaha utk baiki kekurangan yg ada pd diri ini..krana saya masih brusaha mncari Ilmu utk dkongsi bsama2.insya'Allah...smoga bmnfaat bt kte smue. jg dri leklok & jg amal m0leks..! -wslm-