Monday, May 30, 2016

Pengalaman dan Pengajaran

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji hanya untukNya.
Alhamdulillah di atas segala nikmat dan peluang yang Diberi.


(lama sungguh dok blogging nie, rasa lain sikit)

Post kali ini, saya ingin kongsikan pengalaman saya menjalani praktikal.

Selama berada disini, banyak pengajaran dan pengalaman yang boleh saya ambil. Antaranya pengalaman bekerja, (sebelum nie hanya belajar teori). Pengalaman bagaimana ingin berkomunikasi dengan pihak atasan (boss), rakan staff di pejabat dan orang ramai, bagaimana kita nak relatekan apa yang kita belajar dengan realiti dan sebagainya.

Bila sebut Jabatan Mufti, sedia maklum bahawa tempat nie akan menjadi satu tempat kunjungan orang awam. Kunjungan bilamana mereka mempunyai masalah atau pertanyaan mengenai hukum agama dan isu semasa. Kebanyakan masalah yang diutarakan atau ditanya disini adalah masalah perkahwinan/rumah tangga, penceraian dan sebagainya.

Allahurabbi! kalau nak diceritakan semuanya tu memang banyok lah. macam-macam cerita, macam-macam hal yang terjadi. takut, risau ada blako laa bila dengar masalah yang berkaitan dengan perkahwinan (alam rumah tangga). Kadang terfikir, bakpo buleh jadi lagutu? Dimana silapnya? Wallahu'alam. saya pun takdop pengalaman dalam hal  tersebut.

Pengajaran yang boleh diambil, berhati-hati dalam soal hukum. Jangan sebab perasaan terlalu marah tuu boleh menyebabkan kita menyesal sepanjang hidup. Betul lah ore kato "kerana mulut, badan binasa". kerana lafaz tersebut, menyebabkan kita boleh menyesal seumur hidup.

Haa tu baru bab perkahwinan/penceraian, tak masuk lagi bab faraid.
Hmm faraid ilmu yang penting perlu kita pelajari tapi ilmu tu jugoklah orang tak ambik endah sangat. Bila sebut nok bagi harta barulah kalut lagumano nak bagi? Sebab harta jugalah, berlaku pergaduhan adik beradik. Sebab harta jugalah berlaku perpecahan keluarga. Nauzubillah.

Alhamdulillah pengalaman dan pengajaran yang saya dapat ini sangat berharga dan berguna untuk kehidupan saya. Bila berdepan dengan dunia realiti, baru kita tahu besarnya ujian dan dugaan menanti kita. Soalnya, bagaimana cara kita berdepan dengan masalah tersebut? Bagaimana cara penyelesaian untuk kita tangani ujian tersebut?

Semoga kita semua sentiasa dilapangkan dada, ditenangkan hati dan fikiran, dikurniakan kesabaran,keikhlasan serta dipermudahkan segala urusan baik di dunia mahupun di akhirat. Semoga juga kita sentiasa berada di bawah rahmat dan petunjuk dariNya. Ameen Ya Rabbal'alamin.

Sekian sahaja perkongsian kali nie, maafkan saya jika bahasa atau tatabahasa saya sangatlah berterabur. nie semua punca sebab lama tak jenguk blog dan tak mengarang.

Wassalam.

Wednesday, April 20, 2016

I'm Back

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t

I'm Back!!! 

2 tahun blog ini dibiarkan,

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang dan nikmat kesihatan untuk meneruskan kehidupan di tempat persinggahan ini.

Alhamdulillah setelah pelbagai ujian dan cabaran yang perlu dihadapi, penulis masih lagi bergelar sebagai seorang pelajar dan sekarang saya berada di tahun dan semester terakhir pengajian.

2 tahun membiarkan laman ini, terlalu banyak perkara atau cerita yang ingin dikongsikan. 

InsyaAllah next post saya akan mulakan dengan cerita yang ingin dikongsikan bersama kawan-kawan pembaca.

Terima kasih bagi mereka yang sudi menjenguk laman perkongsian ini
Diharap setiap perkongsian itu bermanfaat buat kalian, diharap juga kalian boleh memberi saya idea atau nasihat dan teguran. semoga saya dapat membaiki lagi cara penulisan saya di laman perkongsian ini.


Sekian, Wassalam.

Sincerely, 
Salsabila. :-)

Saturday, May 17, 2014

Pengorbanan.kesabaran.kekuatan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t

Penulis kembali rindu untuk melakarkan pena dilakarannya. hampir setahun tidak menulis di laman perkongsian ini. Masa... begitu pantas berlalu,pergi tanpa dihalang.kita yang perlu mengejar masa,bukan masa menunggu kita.

Alhamdulillah Ya Allah atas segala nikmat yang Diberikan. nikmat untuk meneruskan kehidupan,nikmat untuk terus beribadah kepada-Mu,nikmat untuk meneruskan perjuangan yang masih berbaki. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan,ketabahan memerlukan keyakinan,keyakinan pula memerlukan kejayaan.dan kejayaan yang akan menentukan kebahagiaan.

Pengorbanan.sesuatu yang mudah disebut tapi agak sukar untuk dipratikkan.
berkorban dalam setiap hal. tidak semua yang mampu untuk lakukannya.
ia sangat memerlukan kesabaran.mulut bisa berkata untuk bersabar dalam setiap hal,tapi tindakan...???

segalanya pada diri kita sendiri.hanya yang kita yang mampu mengubahnya sama ada inginkan kesabaran ataupun tidak. sabar itu indah,walaupun awalnya sangat pahit untuk ditelan tapi akhirnya kita akan rasai kemanisannya.insyaAllah.

moga diri ini sentiasa sabar untuk menghadapi segala cabaran dan rintangan.
moga diri ini terus diberikan kekuatan bagi meneruskan perjuangan ini.
percaya pada diri,yakinkan hati, kekuatan itu dari Dia.
Allah yang izinkan untuk kita kuat.Allah yang bagi kita kekuatan.

Sekian sahaja lakaran pertama untuk tahun ini. -wslm-

Thursday, April 11, 2013

"...Mutiara kata untuk di renungi...."

Sukanya saya untuk berkongsi salah satu nukilan yang saya baca.


Ketahuilah...!


Bahawa setiap degup jantung akan ditanya,setiap nafas turun naik akan dipersoal...
setiap gerak hati akan dipertanggungjawabkan..setiap jelingan mata akan ditulis dan dihisab.

Perbuatan itu samada pergi ke NERAKA (nauzubillah) atau SYURGA..
Betapalah setelah tangan engkau bertindak,, kaki engkau melangkah..
Dan kemana hala tujuannya.
Apatah lagi setelah lidah engkau bercakap,, akal engkau berfikir...
Dan cara mana engkau berfikir.

Bagaimana engkau gunakan jawarih engkau...
Begitu juga bagaimana engkau gunakan nikmat diluar diri engkau..
Semua ini lebih-lebih lagilah akan ditulis,, dirakam,, dan dihisab..
samada ia termasuk perkara yang berdosa atau yang berpahala.

Aduh...!!! tidak takutkah kita dengan zat Yang Maha Agung....
Yang Maha Mengetahui,, Maha Melihat dan Maha Mendengar..
seluruh gerak-geri kita,, lahir dan batin..
yang akan menghukum kita samada ke Syurga atau Neraka (nauzubillah).

Tidak cemaskah kita peristiwa itu pasti berlaku..
Disuatu hari kita akan diadili dengan begitu halus,,
diwaktu itu tidak ada siapa yang akan membela kita,,
masing-masing akan memikirkan diri..
Bahkan para Rasul dan Nabi Alaihimussalam penuh dengan ketakutan..

Allah....Allah....Allah....
Betapalah kita ini yang memang tidak terlepas daripada dosa dan kesalahan..
Takutilah Allah,, rendah dirilah kepadaNya.
Mohon Ampunlah setiap ketika...agar setiap dosa kesalahan kita diampunkan.

samada kita sedar atau pun tidak.



"...Setiap orang akan menemuinya...kte tdak punyai trikh bilakah ia akan tiba..mengingatinya itu perlu,,Dunia ini hanyalaa tempat persinggahan..Jangan terlalu sombong dengan pangkat yg kte pgang,jangan terlalu angkuh dengan harta yang kte pinjam..kerana ia bukan milik kte selamanya..."

"..Bagaimana kau merasa bangga...akan dunia yg sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi,meninggalkan dirimu...Bila waktu tlah memanggil,teman sejati hanyalah amal...Bila waktu telah terhenti,teman sejati tingallah sepi..."
# Muhasabah ~

Sekian sahaja...renung2kan dan fikir2kanlah...jg diri,jg amal,jg iman dan jaga hati. -wslm-

Friday, April 5, 2013

"..Hijrah itu tak susah.."

...Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...Jumuah mubarakah in shaa Allah..moga di hari lain juga turut diberkati Illahi..in shaa Allah...Alhamdulillah diberi kesempatan untuk blogging,kalau diikutkan mahu je saya update tiap saat ruangan perkongsian nie..disebabkan tanggungjawab dan amanah yang lagi perlu didahulukan,ruangan ini terpaksa dibiarkan sementara... # cuti diberi,apa lagi blogging laa..

Post ini,saya tertarik dengan isu hijrah.Bicara tentang hijrah...apa maksud hijrah yang kita faham sebenarnya..??? dari segi bahasanya hijrah itu bermaksud perpindahan.Kebisaanya hijrah ini merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam pd tahun 622 masihi dari Mekah ke Madinah.Tujuan hijrah ini untuk menyebarkan dakwah Islamiah.Hijrah merupakan salah satu strategi Baginda S.A.W untuk mengembangkan ajaran Islam dengan aman.Kisah itu dijadikan tauladan buat kita,saban tahun bila maal hijrah pasti ada sambutannya...baiknya lagi bila kita ambik iktibar dari peristiwa tsbt.

Hijrah juga boleh dieertikan sebagai perubahan seseorang ke arah yang lebih baik.Kita ini dilahirkan sebagai manusia biasa yang sering ada dengan kesilapan,kelemahan dan kesalahan.Walaubagaimanapun,kita diberi akal untuk berfikir,kita juga diberi peluang untuk mendalami Ilmu Agama..maka dengan akal yang dikurniakan itulaa kita berfikir yang mana halal dan haram,yang mana boleh perlu dibuat dan yang perlu ditinggalkan mengikut garis panduan syariah Islamiah.Bila kte berhijrah ke arah jalanNya,bermaksud kita ingin mengejar untuk mendapatkan rahmatNya.

Surah al Baqarah :218 

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 

Surah Ali Imran ayat: 195

فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لاَ أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَأُخْرِجُواْ مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُواْ فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُواْ وَقُتِلُواْ لأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّن عِندِ اللّهِ وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan mensia-siakan amalan orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka dalam Syurga yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Memang di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi orang yang beramal soleh)". 


Nak berhijrah ke arah kebaikan..?? susah ke senang..?? Senang je kalau kita betul2 ikhlas ke arah itu...Bila kita diberi peluang utk berubah ke arah yang lebih baik,why not kte tak grab je peluang tuu...??Setiap orang ada silapnya,,Allah bagi peluang untuk kita perbaiki kesilapan itu...bergantung pada diri kita sama ada mahu atau tak untuk berhijrah...sampai bila mau berada di takuk yang lama..? fikir2 dan renung2kanlaa..

Mafkan saya jika ada kesalahan terkurang dimana2,teguran amat diperlukan.Saya bukanlaa orang yang baik tapi saya berusaha untuk jadi orang yang lebih baik dikalangan yang terbaik.in shaa Allah.Moga Allah redha.


"..Rabbi Yassir wala tu'asir watamimna bikhoir.."


Sekian sahaja buat kali ini..jaga diri,jaga amal,jaga iman dan jaga hati. -wslm-



Thursday, February 14, 2013

Alhamdulillah... :-)

..Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum.. Alhamdulillah segala puji bagiNya atas segala nikmat yang dikurniakan.

Cuti sem semakin hampir untuk berakhir,pengajian untuk sem seterusnya akan bermula 18hb nie,in shaa Allah..Alhamdulillah yesterday i've got my result...so how..?? Alhamdulillah Ya Allah,haza min fadli rabbi..walaupun tidak deanlist,saya bersyukur sbb Allah izinkan saya untuk dapat yang terbaek setakat mana saya mampu berusaha..deanlist memang diimpikan semua pelajar..tapi ingatlah :-

"...kejayaan itu bkanlaa satu benda utk kte agungkan..kegagalan pula bknlaa satu benda yg kte ingin kecewa smpai ptus asa..ini bru ujian ddunia,di akhirat mcm mane ye?.."

"...Ilmu tuu bkan skadar ats krtas jwpn atau dlm dwn imtihan je..Ilmu tuu kte nk biar kte blh guna dan amlkn dlm khdupan,jg utk dkgsikan kpd org skeliling..itu yg pnting..."

Tidak dinafikan,keputusan yang baek dalam imtihan juga diperlukan sebagai kayu ukur tahap mana pemahaman pengajian kita ...cuma imbangkan laa..in shaa Allah kheirr..semoga terus berusaha untuk sem seterusnya,saya masih ada 7sem in shaa Allah..                                     "..Rabbi Yassir wala tu'asir watamimna bikhoir.."

Tentang natijah imtihan ini, saya cuma ingin kongsikan sedikit sahaja..yang tidak disangkakan itu Alhamdulillah saya melepasi target saya untuk satu madah ini...Malaysian Legal System (MLS/Law).satu madah yang saya tak pernah tahu atau kenal sebelum nie..amat risau dan takut,sebab orang kata susah madah law nie...law juga satu madah yang saya kurang meminatinya sebelum ini,memang saya tak minat bidang law...huhu. bila masuk blaja,saya perlu paksa diri saya dengan rela hatinya untuk pupuk minat...Alhamdulillah rezeki Allah,perkongsian ilmu dari murabbi yang mengajar subject ini,doa dari ayhmama saya yang tak putus2,sokongan yang mereka berikan,juga bantuan dari beberapa orang sahabat...bt kakak2 senior saya : kak ftimah (mrkk- yang sentiasa bg nsihat wlaupun brada di jauh nun disana), kak farhana (sri aman), kak aida (mts),mereka banyak bantu saya.syukran jazilan saya ucapkan.

Doakan saya dan sahabat2 moga trus thabat dalam perjuangan ini.moga Allah permudahkan segalanya.in shaa Allah... sekian sahaja, jaga diri,jaga amal dan jaga iman.


-wslm-

Friday, January 18, 2013

...Soal Hati...


..Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum buat sahabat2.

Berbicara soal hati..?? Jarang sekali si penulis ingin berbicara soal ini.tapi terlintas di fikiran selepas terbaca satu artikel yang menarik bagi saya...Izinkan saya untuk berkongsi tentang artikel tersebut,mungkin sedikit tambahan idea dari fikiran saya.

Kalau kita lihat,sekarang ini banyak sangat orang post soal cinta,bagaimana ingin dapat cinta sejati...mengimpikan suami/isteri soleh/solehah dan seumpamanya.Kenapa mesti begitu..??

Looking at a positive side, I can't deny that it is good for us to have a perspective that a relationship between a man and a woman is a thousand way better with marriage - as all of us (Muslims) get the fact that marriage has more barakah and is a halal way to express love.
Furthermore, a successful marriage is a door to Jannah. I find that it is beautiful when it is said that if a woman is a man's key to paradise (by helping him to fulfill his deen with her through marriage and being an obedient wife), so, a man is a woman's door to Jannah. The key that opens the door - a husband and a wife need each other's help to get there, masya-Allah. -petikan dari artikel tersebut-

Nabi Muhammad SAW berkata:'' mukmin yang paling sempurna dalam iman adalah salah satu yang watak adalah yang terbaik dan yang paling baik kepada isterinya'' (Tirmidhi dan Nasa'i).

Tidak dinafikan,hal ini memang diimpikan oleh seorang kaum adam dan kaum hawa.Kaum hawa mengimpikan ingin seseorang yang dapat membimbing dirinya ke arah kebaikan,lelaki yang memelihara hatinya hanya untuk dia dan yang mampu pimpin keluarga.Kaum adam pula mesti mengimpikan hawa yang sentiasa menjaga hatinya hanya untuk dia,yang dapat membantu dia memimpin keluarga,bersedia untuk melayari bahtera bersamanya.Setiap orang punyai impian begitu.

Pernah tak anda terfikir,anda akan dapat orang yang diinginkan itu hanya dengan "meng" update status di facebook or twitter "saya inginkan suami soleh" atau "ku menanti tulang rusukku"...?? hanya menanti seseorang yang diimpikan di depan komputer riba ...begitukah..??? of course NO..!

"I tell the boys and girls; Allah has already written the name of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah. He will send him/her to you when you're ready. It is only a matter of time." - Sheikh Mamdouh {petikan dari article}

Jangan asyik menanti or memikirkan soal jodoh,bila ia akan datang kalau kita masih belum bersiap sedia untuk menerimanya.Jagalah hubungan kita dengan kekasih hati kita,Allah s.w.t kemudian Allah akan hantarkan pasangan yang telah ditetapkan untuk kita..in shaa Allah.

Mungkin bila saya berkata begini,anda akan terfikir dan berkata "orang yang tidak pernah ada pengalaman soal hati memang mudah untuk berbicara sedemikian".

Bohong  kalau saya katakan,saya tidak pernah langsung memikirkan hal ini disaat umur yang meningkat naik.Saya percaya, aturan Allah adalah yang terbaik. Saat kita sangkakan hidup ini pasti lebih mudah andai kita mampu menjangkau segala isi rahsia yang telah tertulis di loh mahfuz – hati manusia, kisah kasih kita, rezeki dan segalanya, sedarlah bahawa hidup ini lebih bermakna kerana misterinya.

"...Jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita..."
Memang benar apa yang apa yang terdapat dalam ayat di atas, dan saya tidak nafikan dan bukannya untuk dibanggakan tetapi sebagai perkongsian bersama kerana perkara inilah yang saya pegang hingga hari ini. Tapi bagi sesetangah orang perkara ini payah kerana ada segelintir orang sahaja yang sanggup menaggung rasa di hati dan menyatakan nya kepada Sang Pencipta.

Buat kaum adam :Tidak perlu menabur ayat-ayat cinta atau puisi indah kepada sang kekasih yang tidak halal bagimu.Sebaliknya bersiap diri terlebih dahulu sebelum sibuk mencari hawamu,anda merupakan seorang "pemimpin"..tiba saatnya nanti,pasti ia akan tiba dan impianmu itu akan tercapai untuk memiliki mawar agama.

Buat kaum hawa : Jangan terlalu asyik melayan perasaan atau kata-kata cinta dari sang adam yang bukan halal bagimu...kerana belum tentu dia ditakdirkan untukmu.siapkan diri juga untuk menanti mujahid yang dihantar oleh Allah S.W.T untukmu.

"...Saya mahu terus berubah menjadi seorang muslimah yang baik, menuju ke arah gelaran solehah. Bukan kerana dia, tetapi kerana Dia. Kerana insya-Allah, saya akan terus tetap sandarkan keyakinan dan kepercayaan tiada batas kepada Allah. Benar, baitul muslim sentiasa dalam perancangan masa hadapan tetapi biarlah diri ini mantap dahulu di tangga pertama maratib amal yakni bergelar individu muslim. Bersusah-susah dahulu di dunia kerana sesungguhnya yang indah-indah itu di syurga sahaja..."

Berdoa dan berdoa untuk yang terbaik, bukan hanya untuk kehidupan di dunia tetapi juga untuk akhirat. Mintak Allah ampunkan dosa-dosa kita, 'dosa, keluarga kita, guru, ibu bapa kita dan kawan-kawan'. Jangan lupa untuk membuat doa untuk saudara-saudara kita di Palestin, Iraq, Syria, Afghanistan dan Myanmar setiap selepas solat.

Dan meminta Allah untuk membantu diri untuk menjadi di kalangan lelaki/perempuan yang soleh/solehah.

Sekian sahaja dari saya,maafkan saya andai ada kata-kata yang terguris di hati.mafkan juga jika ada kekurangan dari penyampaian saya...sama2 kita berusaha untuk menjadi yang terbaik,in shaa Allah.
Jaga diri,jaga amal,jaga iman dan jaga hati. -wslm-

** Artikel yang dikongsi itu bertajuk "Stop searching for a prince"

Thursday, January 10, 2013

...رضا الله في رضا الوالدين...

Seusai sahaja mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),hati ini sangat bersyukur padaNya kerana kegembiraan ini.
“Alhamdulillah Ya Allah di atas peluang kejayaan yang Engkau berikan..",bisikku dalam hati.
Aku dan Safiyya,sahabatku di peringkat menengah telah bersepakat untuk meneruskan pengajian kami ke luar negara.Safiyya menghulurkan borang permohonan ke Jordan itu kepadaku. Katanya, dia sengaja mencetak lebih untuk sesiapa yang mahukannya. Bersama borang yang telah dicetak itu, disertakan nombor telefon Ustaz Ahmad, mursyidnya yang menguruskan pelajar-pelajar Malaysia ke Timur Tengah. Saat itu,aku masih belum memberitahu walid akan hal ini.Mengisinya pun belum,akan tetapi aku masih lagi berminat untuk mengambil tahu akan hal-hal yang berkaitan dengan urusan ke sana.Aku tidak mempunyai keberanian untuk mengusulkan lagi hal ini kepada walid dan ummiku oleh kerana hal ini telah diberitahu dan ia juga telah ditolak oleh walid.
“Bukan walid dan ummi tidak suka Aisyah menyambung pengajian ke Timur Tengah."Kami tahu Aisyah sudah besar remaja,tetapi walid khuatir keberadaan kamu di sana tambahan pula kamu tidak pernah berenggang dengan kami..”,kata walid kepadaku.
“Aisyah,ummi harap aisyah dapat ubah fikiran untuk teruskan pengajian dan menduduki peperiksaan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia).Jangan hampakan harapan kami,nak” ,pujuk ummi kepadaku.
Aku tidak mengerti. Mengapa walid dan ummi tidak mahu melepaskan aku pergi. Andai kata aku tidak pandai berdikari, maka biarlah aku pergi membawa diri. Di sana nanti aku pasti dapat belajar berdikari. Lagi pula, aku yakin apabila kita lakukan sesuatu yang kita minat, kita pasti akan berusaha untuk tempuhinya. Aku yakin boleh!

Hari demi hari, sulaman keyakinan hanya tinggal di genggaman. Tiada lagi keyakinan di hati dek remuknya seketul daging itu. Ummi dan walid lansung tidak mengendahkan keinginanku. Malah, walid berkeras supaya aku menyambung pelajaran di dalam negara. Kalau nak berjauhan dengan keluarga lebih dari dua marhalah pun walid tak bagi, apatah lagi mahu ke luar negara.

Maka, aku akur dengan keputusan mereka. Kata orang, ibu bapa lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anaknya. Malah aku sendiri tahu, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.Safiyya telah pun berangkat ke Jordan dalam jurusan pergigian.
* * * * * *
Kini sudah setahun berlalu.Keputusan STAM telah pun diketahui.Alhamdulillah sekali lagi aku diberikan kejayaan.Kali ini aku masih memasang niat untuk melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Kali ini, aku teringin benar untuk ke Jordan kerana Safiyya sudah pun menuntut di sana. Malah, dia juga mengalu-alukan kedatanganku.Bertambah semangat apabila sahabat sefikrahku,Ainul Jannah juga menyimpan hasrat untuk ke sana.Seorang lagi sahabatku Humaira berhajat untuk meneruskan pengajian ke Mesir.

Aku meneruskan impianku untuk meneruskan pengajian ke Jordan dalam bidang Syariah Islamiah. Kali ini, aku memuat turun sendiri borang permohonan ke University Yarmouk itu. Aku cuba menggunakan stratergi yang sama sekali lagi dengan harapan ummi dan walid akan melepaskan aku pergi memandangkan usiaku jua sudah bertambah. Harapnya ummi dan walid tidak mempersoalkan kemampuanku untuk berdikari.

Aku betul-betul berminat untuk melanjutkan pelajaran di sana. Bukan kerana mahu lari dari rumah atau melancong di tempat orang tetapi aku rasakan bahawa di sana aku dapat mendekatkan diri dengan Allah. Aku mahu jadi lebih baik. Aku mahu timba ilmu agama sedalam-dalamnya di sana supaya kelak aku dapat berbakti untuk agamaku.

"Ummi seronok juga kalau kamu dapat sambung belajar di luar negara. Tengoklah mak cik Latifah kamu tu. ..tersenyum lebar dia anak buat dentistry di Mesir" 

"Ummi, aisyah dah siapkan semuanya dah. Ummi tolonglah aisyah ye kali ni." Aku cuba memujuk ummi

. "Sayang, ummi bukan tak nak tolong. Betul ke kamu sanggup nak berjauhan dengan keluarga? Ummi pun tak sanggup berjauhan dengan aisyah selama tu. Entah nanti aisyah makan entah kan tidak."

* * * * * * * 
Di saat aku masih dalam dilema sama ada ingin meneruskan impianku itu atau menuruti permintaan kedua ibu bapaku,aku meminta pandangan seseorang yang dipercayai.Setiap kali aku berhadapan dengan hal sebegini,pasti dia yang akan ku minta pandangan.

Katanya “Aisyah,mungkin saat ini Allah masih tidak mengizinkan untuk Aisyah ke sana.Keputusan di tangan aisyah,cuma akak boleh bagitahu setiap apa sekalipun keputusan yang diambil moga keputusan itu diterima dan direstui ibu bapa kita.Ada sebab dan musabab kenapa umi walid Aisyah tidak izinkan untuk ke sana.Mereka lebih tahu keadaan anaknya.Akak sentiasa doakan Aisyah moga yang terbaik menanti aisyah.Jangan lupa update keputusan aisyah nanti.”

Ruangan chat yahoo messenger dengan akak (senior sekolahku) berakhir dengan pesanan dan nasihat darinya.Terima kasihku ucapkan buat Kak Farah Ain kerana sentiasa setia mendengar luahanku.Dia banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat buatku.Kak Farah merupakan salah seorang senior yang rapat denganku di Maahad dahulu,sekarang dia meneruskan pengajiannya ke Al-Azhar Mesir dalam bidang Ulum Islamiah.

Alhamdulillah Ya Allah kerana aku diberi peluang bertemu seorang sahabat dan kakak seperti dia. 

* * * * * * * 

 "Di sebalik kepayahan disitulah ada kekuatan,
 Tekad hati azimat di perjalanan
 Tak kuragu untuk membuktikan indah bintang
 Yang terang bukan khayalan tetapi kenyataan"

Bait lagu Mimpi yang indah alunan kumpulan nasyid Mestica itu mengasyikkan aku sambil membelek-belek Gen-Q di tanganku.

 "Titit.. titit.. titit.. " Tiba-tiba bunyi gema sms dari handphone menghentikan lamunanku . Ada mesej diterima. Sebaik sahaja skrin sentuh telefon pintarku ditolak ke atas, terpapar mesej daripada Ainul.

 "Aisyah, awak jadi tak nak sambung pengajian di Jordan?" 

Aku terpaku seketika. Tiba-tiba, butir-butir mutiara yang tadinya bergenang di kelopak mata mengalir laju. Entah mengapa persoalan itu bagaikan panah yang menusuk jantungku. Sudah dua bulan aku cuba melupakan bumi Timur Tengah itu.

Namun, kehadiran mesej daripada Ainul mengingatkan kembali bagaimana hatiku remuk apabila ummi dan walid tidak bersetuju aku melanjutkan pelajaran ke Yarmouk. Satu-satunya Universiti impianku. Sebenarnya bukan baru dua bulan, tetapi sudah lebih setahun aku cuba meyakinkan ummi dan walid, aku mampu hidup berdikari.

Sejak sebelum tamat persekolahan lagi, aku dan sahabat baikku, Ainul telah merancang untuk melanjutkan pelajaran ke bumi Anbiya'. Kami telah bertemu dengan ustazah Khadijah untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan. Beliau merupakan graduan Bahasa Arab lulusan university Yarmouk, Jordan. Jadi, sedikit sebanyak pengalaman beliau di sana telah dikongsikan kepada kami berdua.

Setelah tamatnya persekolahan, aku mengisi kekosongan waktu itu dengan aktiviti-aktiviti pengisian rohani dan dakwah. Pada waktu itu, beberapa orang sahabat yang sehalaqah denganku mengajak aku mengikuti mereka ke bumi Anbiya'. Hal ini buat aku lebih bersemangat untuk menuntut ilmu di sana.

Setiap tadah tangan doaku, aku bermohon agar diberi peluang melanjutkan pelajaran di sana. Setiap lenaku juga mula dihiasi mimpi-mimpi indah di Timur Tengah. Aku benar-benar ingin berada di sana. Melihat kebesaran Allah sambil menghayati sejarah islamiyah yang ditinggalkan umat terdahulu. Malah aku teringin benar bertalaqqi bersama sheikh-sheikh arab yang disegani di sana walaupun aku sedar, aku ini muslimah yang masih cetek ilmunya. Teringat kata-kata ustazah, "orang-orang arab ni suka mendengar bacaan al Quran pelajar Malaysia." Aku tersenyum sendirian.

Sekali lagi telefon pintar itu berdering , mengembalikan aku ke dunia realiti.
 "Aisyah?"
Hanya satu perkataan yang terpapar di skrin telefon. Itu bererti Ainul tertunggu-tunggu jawapan daripadaku

. "Ukhti, asif ana terlewat balas. Ana buntu." Aku membalas pesanan ringkas Aisyah 

"Kenapa ni?" 

 "Tak ada apa-apa. Mungkin ana tak ke Jordan. Insyaallah ana sambung belajar di Malaysia saja. :)" Jawabku di akhiri dengan ikon smile. 

Sengaja tidak mahu Ainul mengesyaki apa yang terbuku dihatiku. 

 "Kenapa pula? Bukan ke Aisyah beria-ianak pergi sama?" 

 "Redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Ana redha kalau ini takdirnya."

 "Enti berputus asa?" Soal Ainul ringkas. 

"Tak lah. Putus asa tiada dalam kamus hidup ana. Mungkin ada taklifan lain yang Allah hendak berikan pada ana di sini. Kalau ummi boleh kata ummi tak sanggup berjauhan lima tahun dengan ana, bagaimana ana sebagai anak tergamak berkeras untuk meninggalkan ummi? Semalam, ana ada ditawarkan mengikuti kursus persediaan ke timur tengah tapi ana dah pundelete mesej tu. Ana sudah tekadkan hati ni." Jawabku tenang


"Its ok. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. The most important thing is the subject. Kalau enti minat, kena campak kat mana pun, enti boleh buat. Good Luck!" 

 "Syukran ukhti."

 Mesej itu berakhir di situ. Aku bingkas bangun dari katil dan mengangkat gen-Q yang terjatuh ke lantai sebelum aku terima mesej Ainul tadi. Terlupa aku mengambilnya sebaik saja majalah itu terlepas dari tangan. Sedari awal tadi, hatiku betul-betul terusik membaca satu kolum yang berkisarkan kisah seorang syabab di timur tengah. Kemudian bagaikan diketuk pula dengan pertanyaan Ainul itu. Allahu Akbar. 

"Bersabarlah wahai hati. Telah aku redha Allah sebagai tuhanku, Islam agamaku dan Muhammad s.a.w itu rasulku. Maka, cukuplah Allah bagiku sebagai penolong." 

* * * * * * 

Lamunanku terjaga ketika terdengar azan zohor berkumandang di surau.Terasa sayu bila teringat akan impian itu.Impian yang tidak lagi tertunai. 

“In shaa Allah,mungkin suatu hari nanti,impian itu akan tercapai.”,bisik hati kecilku yang masih lagi menyimpan hasrat yang terpendam. 

Alhamdulillah,rezeki berpihak kepadaku ditawarkan di Universiti tempatan dalam bidang yang lebih kurang sama dengan apa yang aku inginkan,cuma berbeza tempat.Ainul pula meneruskan impian itu,dia mengambil bidang Bahasa Arab di Jordan..Humaira pula berjaya untuk meneruskan pengajiannya ke Al-Azhar,Mesir dalam bidang Syariah.Semoga berjaya Ainul dan Humairaku sayang.



“...Ya Allah,permudahkanlah segala urusanku ini.
Semoga Allah meredhai segalanya.mungkin ini yang terbaik buatku...”

** Satu cerita untuk dikongsikan bersama kalian...smoga bermanfaat bt kalian.syukran,wslm.

Thursday, December 20, 2012

..Serungkai Kata..

..Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.. 20.12.2012 (Khamis) Last tutorial bersama BLC8
"...Kerana Ilmu kita bertemu,kerana Perkenalan ukhuwwah terjalin dan kerana Persahabatan Lillah ia akan berkekalan dan diredhai.."
Tiada apa yang mau dibicarakan kepada kalian,hanya sedikit cebisan yang akan saya lakarkan di ruangan perkongsian ini. Pertamanya,Alhamdulillah Ya Allah di atas kesempatan yang diberi untuk belajar,berkenalan,berukhuwwah dan bersahabat bersama teman2 seperjuangan BLC8.terima kasih di atas peluang yang amat berharga itu. Seterusnya,terima kasih juga buat teman2 yang sedia menjadi sahabat saya selama satu sem kita belajar bersama.Diharap BLC8 ini akan terus kekal dengan warga yang sama sehingga tamat pembelajaran di gedung Ilmu kita ini..in shaa Allah. andai kata jika BLC8 dengan warga yang sama ini sampai di sini sahaja,jangan resah dan gelisah..tabahkan hati,kuatkan diri dan tenangkan fikiran.Moga kita bertemu di luar BLC8,terus bersahabat sepertimana ia pernah terjalin sejak 10 September 2012.
"...Sahabat,,,, ingatlah kemesraan trjalin antara kita.. segala kebahagiaan, kejayaan kita kecapi brsama... sabarlah...dugaan yang melanda merencam jiwa.. tabahlah...segalanya,itu hanya berbakti kesetiaan kita.. ketika kesunyian engkau mnemaniku dikala resah... ku pasrah kepada Allah,tanda kasihku yang abadi..."
..Hanya dirimu selama ini menjadi teman sejati kerana ukhwah yang terbina... ikatan ini, ikatan suci yg trjalin ats rahmatNya... bersama higga ke akhirnya..
~SAHABAT, anda adalah INSAN HEBAT buatku..~
" Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia menyayangi saudaranya spertimana dia menyayangi dirinya sendiri "-hadith
"...Saya ingin memohon maaf jika ada tersalah,terkasar bahasa,terlebih bicara sepanjang persahabatan kita..Saya tidak perlukan pujian yang boleh memberi penyakit hati kepada saya,tapi saya amat perlukan teguran untuk membaiki kekurangan dan kelemahan diri saya.Syukran jzilan buat kalian...Bittaufiq wannajah lil imtihan,wa fi jami'il umur fi dunia wal akhirat.."
"...Ya Allah jernihkan niatku. Ya Allah, aku insan yang lemah memerlukan pertolongan makhluk setelah memohon dengan-Mu. Ya Allah, kini aku berada jauh daripada keluarga tercinta. Aku hanya berharap perhatian dari-Mu. Namun, aku inginkan teman sebagai sahabat. Saat aku diberjauhan dengan keluarga tercinta, Aku ingin berdamping dengannya, agar aku kuat menghadapi dugaan dijalan-Mu. Ya Allah, aku hanya hamba-Mu yang tidak sempurna dan serba kekurangan. Maka itu,Ya Allah, Hadirkanlah seorang sahabat yang soleh dan solehah untukku. Seorang sahabat sebagai pelengkap akan kekuranganku. Ameen Ya Rabbal 'alamin...."
Bersahabatlah kerana Allah SWT, kerana Allah SWT pemilik sekalian makhluk. Dialah yang menemukan kita dengan sahabat sejati kita.
~sekian,jaga diri jaga amal dan jaga Iman.. -wslm-

Tuesday, December 4, 2012

..Manfaatkan peluang yang diberi...

..Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..Selamat Datang December,bermaksud kita hampir di akhir tahun 2012.Pengajian saya pun dah semakin hampir ke penghujung sem,pejam celik dah hampir satu sem saya diberi peluang untuk menuntut Ilmu disini. Peluang..?? tak kisah apa2 peluang pun,kita kena ambil dan manfaatkan sebaik mungkin.sedang asyik membaca post2 (status update) di Facebook,tiba2 terbaca di satu post nie yang mana dari Mama saya tersayang..hehe.Sekadar ingin berkongsi :
"...Salam pagi selasa utk semua... Sekadar renungan beza antara dulu dan sekarang. Musim konvo ni...ingat masa saya konvo dulu cuma ma sj hak g sbb dulu ayah Cik gu sekolah rendah tak dok cuti pah ayah xdok keto cuma motorsikal yamaha sebutir jah. Dulu masa kito belajar kat ITM Dungun ayah g atar naik teksi. Lo ni anak2 kito masuk U tak dan pun dua semester ayah kesian takut anak jalan kaki jauh bagi keto ko anak. Dulu kita paka payung sebutir jalan kaki kat ITM sura hujung.
Bersyukur lah anak2 semua..dan renungkan lah...perit susah zaman2 mak ayah dulu..dan kesenangan serta kemudahan dari allah taala utk kamu semua. Gunakan pada jalan yang baik bkn utk bermegah2..."
Ya,Alhamdulillah peluang itu diberikan kepada saya..Belum masuk sem2 dan tak habis sem1,dah diberi pinjam kenderaan untuk saya berulang alik ke kampus.syukran awi buat ayah saya..hehe.Erm,kalau difikirkan memang benar apa yang dikongsikan oleh mama saya,means kalau nak dibandingkan dengan zaman dahulu bukan main lagi susahnya mereka.Banyak bersabar dan menerima apa sahaja yang ada.Berbeza dengan sekarang,mudah sahaja kita diberi kemudahan..Adakah kita memanfaatkan kemudahan yang diberikan..?? Tepuk dada tanyalaa diri.
Pesanan saya buat diri sendiri : Manfaatkan peluang yang diberikan itu..Kemudahan yang diberi itu membuatkan saya semakin takut dan risau jika saya tidak mampu untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
Setakat ini dahulu,,jaga diri jaga amal dan jaga Iman. -wslm-

Wednesday, November 28, 2012

..Ujian itu bukan melemahkan,ia satu kekuatan..

..Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat sahabat-sahabat pembaca.Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah,in shaa Allah. Seringkali kita mengeluh atau merungut,kenapa mesti terjadi sebegini..?? kenapa mesti aku yang perlu hadapi keadaan ini..?? Malahan diberi-Nya ujian yang sama setiap kali. Setelah satu, maka datang pula satu lagi masalah. Setelah habis dicuba dengan ujian yang merumitkan, didatangkan pula ujian yang menyesakkan dada. Pernah tak terfikir kenapa begitu dan mengapa begini..??

Subhanallah,sungguh indah perancangan Allah dalam mendidik dan mentarbiah hambaNya.Allah datangkan ujian itu bukan untuk melemahkan kita tapi ia adalah satu suntikan semangat buat kita.Dari kelemahan itu kita belajar,kita berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.Allah menciptakan manusia dengan kelemahan, namun Allah tidak membiarkan kita terus menerus hidup dalam kelemahan tersebut. Maka Allah datangkan ujian bertimpa-timpa pada titik kelemahan tersebut sebagai latihan untuk membina sebuah kekuatan. Tiap orang lain ujiannya.Bagaimana..??
Seseorang yang lemah dalam akademik,Allah uji mereka dalam hal tersebut. Bukan sekali sahaja mereka diuji, namun berkali-kali. Ada yang mengalami kegagalan dalam "Midterm" kemudian dalam peperiksaan Akhir musim panas Allah menguji lagi dengan kegagalan walaupun telah berusaha keras.Malah, ada yang bukan pertama kali perlu mengalami kitaran ujian tersebut, bahkan mungkin pada tahun kedua mahupun tahun ketiga. Di titik akademik itulah Allah berkali-kali datangkan ujian pada mereka agar dengan adanya ujian-ujian itu mereka lebih kuat dan mantap pada sebuah pengharapan. Ya, berharap pada Allah setiap kali ujian datang menjengah. Seseorang individu yang lemah dalam ketaatan kepada Allah dan terjerumus ke lembah maksiat, maka pada titik maksiat itu Allah mengujinya berulang kali. Allah mengujinya dengan bakaran nafsu yang menyala, dan bisikan syaitan yang menggoda berkali-kali sehingga tewas ke lembah maksiat itu. Adapun, yang cuba bertaubat dan kembali kepada jalan Allah, namun, nafsu dan bisikan syaitan memanggil-manggil untuknya terjun ke lembah maksiat. Maka tiap kali itulah dia tewas dan kembali ingin bertaubat. Namun, Allah datangkan godaan demi godaan sebagai ujian sehingga manusia tewas. Kemudian dia kembali bertaubat, namun, masih lagi Allah mendatangkan kebaikan kepadanya sehingga hamper-hampir sahaja berputus asa dalam kemaksiatan.

Erm,masing-masing punyai masalah dan cabarannya tersendiri.Bergantung kepada seseorang itu bagaimana ingin selesaikan masalah tersebut.
Rasulullah s.a.w bersabda;
"...Sekiranya Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang itu, Allah akan mengujinya dengan kesusahan.." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Ujian yang Allah datangkan itu sebenarnya adalah untuk memberikan kebaikan kepada kita. Allah sebenarnya ingin memberi kita kekuatan dan menghilangkan dari kita kelemahan-kelemahan tersebut. Maka, Allah menguji kita pada titik yang lemah itu, agar dengan ujian itu, titik lemah itu akan menjadi salah satu kekuatan bagi individu tersebut. Allah ingin mentarbiyah manusia untuk memperbaiki kelemahan diri, maka Allah datangkan cubaan sebagai guru untuk mendidik. Untuk mengubah suatu kelemahan kepada kekuatan, ia memerlukan masa dan konsistensi.

Jangan kita terus lemah dengan ujian yang dihadapi, sebaliknya bangkitlah mencari kekuatan diri anda...Semoga kita sentiasa diberi kesabaran,kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi ujian kehidupan.

Sekian sahaja dari saya,jaga diri jaga amal dan jaga iman. -wslm-

Sunday, November 11, 2012

L.O.V.E

...Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.Kali nie ingin bicara soal C.I.N.T.A,,apa kena nie..?? Erm,bukan bermaksud si penulis nie dah pandai main bab cintan cintun ke apa-apa...tapi ntah kenapa tiba-tiba dapat idea untuk berkongsi tentang tajuk ini.tak semestinya bila seseorang tuu bicara soal cinta,die tengah atau sedang bermain cinta.Please be open minded okey..!
CINTA..?apa kita tau dengan maksud perkataan itu...? Cinta tuu tak semestinya cinta seorang kaum hawa kepada kaum adam kan..? Cinta kepada Allah,Cinta kepada Rasul S.A.W,,Cinta pada ibu ayah kita,keluarga kita...Itupun dikatakan cinta kan..??? ada satu perkongsian buat kalian,terlebih dahulu saya minta maaf sebab ini hanyalaa perkongsian yang saya dapat dari artikel juga diselitkan dengan idea sekeliling.Maafkan saya sekiranya topik ini sangat menjadi isu sensitif,ataupun sekiranya saya ada silap dari segi perkongsian saya.Saya masih belajar.Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua,insya'Allah.
"..Jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana Dia mengetahui segalanya daripada kita.."
Memang benar apa yang apa yg terdapat dalam ayat di atas, dan saya tidak nafikan dan bukannya untuk dibanggakan tetapi sebagai perkongsian bersama kerana perkara inilah yang saya pegang hingga hari ini. Tapi bagi sesetangah orang perkara ini payah kerana ada segelintir orang sahaja yang sanggup menaggung rasa di hati dan menyatakan nya kepada Sang Pencipta.
Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya baca mengenai "Cinta Mengikut Islam" ini;
1 ) Pendam dan luahkan pada Allah
Pertama sekali, jika kita mencintai seseorang haruslah kita pendamkan dahulu dan menyatakan hasrat kita kepada Allah. Kita tidak perlu terburu buru takut perempuan/lelaki itu mencintai orang lain kerana jodoh ini adalah semua aturan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Justeru, menyatakan perasaan kita kepada Allah terlebih dahulu, itulah cara yang paling terbaik kerana insyaAllah, Allah tidak akan memberi sesuatu kepada kita melainkan kita berhak mendapat nya dan dalam bab jodoh ini kita berusaha lah menjadi hamba Allah yang terbaik. Niatkan pertamanya apa yang kita lakukan ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan jodoh yang baik, tetapi adalah semata-mata kerana Allah. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap kebaikan itu pastinya akan diganjari dengan kebaikan pula. Demikianlah juga dalam perihal jodoh sesudah kita mantapkan diri atas apa yang kita lakukan semata-mata kerana-Nya, sudah tentulah Allah akan berikan yang 'sekufu' iman dengan kita. Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu.
Allah telah janji dan berfirman dalam kitabNya yang bermaksud; "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah sebalik nya" (Surah an-Nur ayat 26)
2) Nilai dan selidiki sebelum mencintai
Cinta itu hadir tanpa kita sangka. Kadang-kadang ianya berputik tanpa kita sedari. Ada pula yang hadirnya walau hanya pertama kali bertentang mata (sekali pandang). Namun, sebelum kita membiarkan cinta itu tertanam di lubuk hati kita yang paling dalam, maka nilailah cinta kita itu semula. Adakah cinta kita itu untuk dunia sahaja? Kerana kemewahannya kah? Untuk memuaskan nafsu diri kah? Atau semata-mata kerana untuk menyempurnakan agama? Andai cinta kita kepada seseorang itu hanyalah kerana nafsu dan dunia, maka rugilah kita kerana kita tidak akan dapat apa-apa melainkan kepuasan hanya di dunia. Tetapi jikalau kita mencintai seseorang kerana Allah dan berniat untuk memuliakannya dengan ingin menikahinya maka besarlah pahalanya sedang perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah rumah Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab kecantikannya" "Aik, awak nikah ni tanpa nafsukah?"
Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.
3) Jauhilah 'bercouple"
Andai diri telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara ini langsung tidak dianjurkan dalam Islam. Sesungguhnya budaya couple ini bukanlah satu pegangan Islam kerana padanya terlalu banyak perkara-perkara yang boleh membuatkan pasangan bercouple ini lebih cenderung kepada mendekati zina.
Sepertimana di dalam al-Quran ada menerangkan, "la taqrabuz zina" yang bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina" yang mana para ulamak mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Maka, apakah dengan bercouple juga tidak termasuk di dalam mendekati zina? Walaupun mungkin ada antara pasangan couple yang berkata;
"Saya tidak pernah keluar berdua dengan dia"
"Ana jarang telepon..."
"Awek aku tak pernah sms pun. Kalau ada pun perkara yang penting je"
Namun, tanpa sedar kita tidak tahu bahawa kita sedang melaku zina hati yang mana sedikit demi sedikit akan membawa kita melakukan dosa yang lebih besar. Nau'uzubillah
4) Solat Istikharah dan musyawarah (berbincang)
Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk kepada Allah dan bermusyawarah (berbincang) meminta pendapat daripada orang yang dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan bermohon kepadaNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya kerana Allah atas asbab agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang.
5) Bertindaklah ke arah kesempurnaan Iman
Alhamdulillah, jika Allah telah berikan kelapangan di atas solat istikharah yang kita lakukan. Salah satu daripada petunjuk istikharah selain mimpi ialah apabila hati kita terasa lapang dan yakin dengan keputusan yang ada. Maka, bertindaklah. Bertindak di sini ialah dengan memilih seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita. Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu.
Saudara saudari saya sekalian, couple ni memang indah tetapi beracun.Kenapa saya boleh berkata sedemikian..??walaupun tiada pengalaman sendiri dalam hal nie,tapi saya jadikan pengalaman sekeliling sebagai pengajaran. Memang benar, pada mula berasa semuanya manis, namun pertengahannya semakin kurang dan akhirnya tawar dan pahit sekali untuk ditelan. Moga ianya menjadi pengajaran buat saya. Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya semua hubungan kita dengan manusia mendapat keredhaanNya dan Allah akan menjadikan kita insan yang lebih baik supaya insyaAllah kita dikurniakan pasangan yang juga baik.
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau Naluri tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu...TIDAK..!! Islam tidak suruh membunuh Naluri.Jangan nafikan Naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri.Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan Naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada Nalurinya.Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa Naluri nafsu. Jangan jadikan Cinta kita FITNAH... Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.
Bersabarlah saat menanti kerana ia sebuah keindahan. Dan masa akan sentiasa berlalu. Bergerak pantas tanpa tuju. Allah yang menggerakkan waktu. Sampai suatu saat itu, segalanya akan berakhir dan pastinya akan berlalu. Berakhir bererti tamatlah sebuah cerita. Buat mereka yang menjaga jiwa dan anggota, maka beruntunglah. Jua pada sekeping hati yang penuh percaya pada Allah Maha Pencipta, turut sama termasuk di dalam sebuah cerita. Bahawa cinta itu penuh kebaikan dan hasanah. Yang menuntut sepenuh kepercayaan jiwa dan raga.
"..Ya Allah,HambaMu telah tersesat jalan..Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat,Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia..Ameen Ya Rabbal'alamin.."
Firman Allah yang bermaksud :
"..Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui.." {Al-Baqarah : 216}
Setakat ini dahulu perkongsian saya..sekali lagi,maafkan saya sekiranya ada kesilapan dari segi input2 yang saya kongsikan ataupun kesilapan dari segi cara penyampaian perkongsian. Maafkan saya juga kerana saya juga manusia biasa yang ada kesilapan dan kelemahan sendiri..saya bukan nak budget bagus,cume sekadar kongsikan dengan kalian apa yang saya dapat,saya turut berusaha menjadi yang baik dan perbaiki kelemahan diri.Doakan saya..Sekian sahaja, Jaga Diri,Jaga Amal dan Jaga Iman. -Wslm-

Monday, November 5, 2012

..Amanah.Tanggungjawab..

..Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..Alhamdulillah dah pun kembali ke gedung Ilmu,kembali menjadi penuntut Ilmu,kembali berjihad di medan Ilmu.Moga dipermudahkan segala urusan.Alhamdulillah dah pun 2 bulan mungkin belajar kt sni,dah lepas midsem pun..exam akan menjelang hanya seminggu lagi..huhu.mcam biase,masih lagi sempat blogging.
Amanah.Tanggungjawab...?? Erm,saya ada kt sni menggalas amanah dan tanggungjawab.dan tak disangka,Allah bagi saya peluang untuk itu.Rezeki.Mungkin tuu juga dapat mengurangkan beban tanggungan ayah & mama.
Terfikir sejenak,mungkin nie juga hikmah di sebalik saya still berada di sini.Angan2 dulu mahu ke timur tengah (mesir/jordan),tapi disebabkan ayah & mama saya minta untuk saya stay dalam negara,katanya risau anak dara mereka jauh sangat..susah kalau ada apa2.Hati memang nak g sangat,apakan daya bila itu yang diminta oleh saya punya parents.Tambah2 "..Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan Ibu Bapa..",saya berusaha untuk dapatkan keredhaanNya,so saya kena dapatkan juga keredhaan ibu bapa saya.Bila angan2 tuu dilupakan,Alhamdulillah Allah letakkan saya di gedung Ilmu nie.Kemudian Dia bagi lagi saya peluang untuk itu.Terima kasih yang tak terhingga kepada ayah & mama di atas kemudahan yang diberikan kepada saya,membuatkan saya lebih takut kalau tak dapat nak capai apa yang diharapkan.
..Alhamdulillah Ya Allah atas peluang yang diberi.. Semoga aku diberi kekuatan untuk menggalas amanah & tanggungjawab yang dberi nie,takut tak dpat nk galaskan amanah nie dgn sempurna.
"..Ya Allah,aku ingin berjaya bukanlaa kerana aku ingin takabbur tapi aku ingin buktikan kebesaranMu bahawa Kau bersama orang2 yang berusaha,bersabar dan tawakkal..Ya Allah,jika bukan Kau yang berikan keluargaku ketabahan selama ini,kami akan jauh dariMu. Tamaknya aku Ya Allah,kerana terus bermohon padaMu supaya Kau kekal memberiku nikmat. Aku ingin membahagiakan ibu bapaku,guru2ku,teman2ku dan umat Islam atas kejayaanku..Ya Allah Ya Rabbi,perkenankalaa doaku ini. Ameen Ya Rabbal'alamin.."
Motivate myself : tajdid niat skmo..!! Tenangkan fikiran,tabahkan hati,kuatkan dri..Usaha + Sabar + Ikhlas +Tawakkal = Insya'Allah kheirr. {n_n}
Sekian sahaja, Jaga Diri,Jaga Amal & Jaga Iman. -wslm-

Saturday, November 3, 2012

Apa itu Kelebihan Usrah..?

..Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.Alhamdulillah,Allah bagi peluang lagi hari ini untuk teruskan liku-liku kehidupan yang masih berbaki.Lama tak blogging,kesuntukan masa pabila bergelar penuntut Ilmu.Semoga dipermudahkan segala urusan,insya'Allah.
Ingin berkongsi maklumat sedikit dengan kalian tentang apa itu kelebihan USRAH..?? Sebelum tu,ingin cerita sedikit pengalaman saya menyertai usrah.Bermula di sekolah,Alhamdulillah saya dapat peluang tu.Peluang untuk join usrah.Usrah di zaman persekolahan,mungkin nampak biasa...tapi itulaa satu pengalaman berharga kerana kita telah didedahkan dengan usrah.Dan Alhamdulillah,sekali lagi saya diberi peluang untuk menyertai usrah di peringkat uni. Sebenarnya apa itu usrah..??
Usrah merupakan sebuah kumpulan kecil manusia yang bertemu secara berkala untuk memahami Islam,berkasih sayang dan saling membantu antara satu sama lain kerana Allah. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "..Perumpamaan orang Mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling mencintai seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya berasa sakit,maka seluruh anggota tubuh yang turut merasa kesakitannya.." Dalam group usrah,kita boleh berkongsi Ilmu/pendapat juga membimbing antara sesama ahli.Bukan itu sahaja,usrah juga boleh kita selitkan aktiviti2 laen..contohnya mengatur satu program lawatan ke rumah anak yatim mungkin dan seumpamanya.
Kelebihan Usrah..???
Memahami Islam,setiap ahli group usrah diajar untuk memahami dan kemudian menjadikan ISlam sebagai cara hidup dengan melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Pelaksanaan aktiviti usrah yang kreatif akan lebih menarik minat. Apabila proses ini berlaku,secara tidak langsung ahli usrah sebenarnya telah terpandu ke arah jalan yang betul. Ya,matlamat yang betul tapi jalan untuk menyampaikan itu berbeza. Kreatiflah dalam menyampaikan keindahan Islam..!

Selain itu,Usrah juga dapat Memotivasikan Diri. Ianya seperti phone charger.Manusia nie biasanya penuh dengan kekusutan dan kesusahan.Setiap kali sesi usrah,setiap ahli akan diberi ruang untuk berkongsi masalah,teguran,idea dan nasihat. Secara tidak langsung,suasana tolong-menolong antara satu sama laen dihidupkan.Kita akan sentiasa diingati dengan nasihat or tguran,automatically dapat motivate diri kita.Hidup nie perlu sentiasa bermotivasi.

Saiyyidina Umar Al-Khattab r.a ada mengatakan "..Engkau mestilah mencari saudara2 yang jujur dan hiduplah dalam kalangan mereka kerana mereka itu perhiasan pada waktu senang dan bekalan pada waktu susah.." Kita boleh mendapat kenalan baru dengan berusrah.Usrah nie adalah sekumpulan manusia yang kecil,kita berpeluang untuk mengenali rakan2 seusrah kita dengan lebih dekat. Dengan adanya sesi suai kenal/taaruf/ice breaking,kita boleh kenal antara sesama ahli. Mungkin sebelum nie kita hanya mengenali rakan kita tuu biasa2 je,tapi dengan usrah nie kita boleh kenal dengan dekat lagi..kita akan rasa satu keluarga,sayang keluarga tsbt. Istimewanya usrah kerana dijadikan tempat untuk mencungkil bakat seseorang.Kita boleh mengadakan aktiviti berkumpulan or individu,cthnya menghasilkan karya puisi,memasak,mencipta video islamik,mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan pelbagai lagi. Melalui aktivit sbegini,secara tidak langsung ia dapat memberi peluang kepada ahli usrah untuk mencuba sesuatu benda baru,sekali gus menguasai kemahiran2 yang tidak pernah mereka cuba sblm nie.

Itulaa antara rahsia keistimewaan usrah..kalau diikutkan banyak lagi,saya sekadar berkongsi apa yang saya dapat.Ssape yang nk tambah,dialu2kan..atau ada nak tegur kot2 ada silap dari maklumat saya niepun,dialu2kan.Saya menerima dengan hati terbuka.
Sekadar itu sahaja perkongsian saya pagi nie,Insya'Allah moga ditambah Ilmu supaya saya dapat berkongsi sedikit Ilmu yang saya ada di ruangan My Simple Blog. Mafkan saya sekiranya ada kesilapan. Jaga Diri,jaga amal dan jaga Iman. -wslm-

Tuesday, October 2, 2012

"..Kehidupan.."

...Bismillahirrahmanirahim..
Assalamualaikum..Alhamdulillah masih lagi diberi nafas utk teruskan perjuangan.Berada di alam uni pn sempat lagi blogger..???huhu.Sedikit masa yang terluang nie,saya lebih suka untuk meluangkan masa dengan blog-walking atau post something kt blog.
01.09.12 saya datang daftar sebagai penuntut Ilmu di Bumi USIM nie,harinie dah pun 02.10.12... Bermaksud dh sbulan saya berada dsni,bergelar sorg penuntut dsni.Alhamdulillah Ya Allah,kerana bagi saya peluang untuk teruskan perjuangan yang masih berbaki ini,kerana bagi saya keizinan untuk saya rasai bgaimana khidupan alam uni.Beberapa pengalaman yang saya kutip,dari mula saya berada dsni smpai skrg.pengalaman tuu tak banyak laa sbb saya baru sbulan dsni,hehe.
Kehidupan sbg alam uni mmg bbeza dgn alam psekolahan.Kalau dulu,dskolah cg2/ust/ustzh selalu ingatkan kita ttg homework,ingatkan kita utk study,even maksud utk stiap pkataan (utk sbjct english/arabic).Berbeza dengan alam uni,lect mmg dh tak minta kte utk stdy..utk dtg clas k bgai.masing2 dah bsar pjg,boleh berdikari,boleh pikir sendri yang mana patut atau tak patut.
Banyak tugasan..?? biasa laa tuu,tugasan tuu sentiasa ada selagi kita bernafas..tugasan sbg sorg anak,sorg pelajar dan yang paling utama sbg hamba Allah.Tidak dinafikan,kt sni memang sedikit full masa tuu.Dan dengan ini juga,saya sentiasa mengingatkan diri saya "..Masa itu pantas,masa itu emas..Masa tak tunggu kita,so kita kena kejar masa.." Stress...?? amalan yang kurang baik tapi mesti akan dialami oleh setiap orang baik pelajar ataupun bukan pelajar. Stress bila ada masalah.Masalah tuu akan sentiasa datang selagi kita hidup. Masalah tuu sebenarnya bukan membebankan kita tapi ia memberi pengajaran kita dari segi kesabaran dan kekuatan. Sentiasalaa berdoa moga kita sentiasa sabar dan tabah serta kuat dan ikhlas untuk menerima dugaan/masalah ini. Bertindak bijaklah dalam mengatasi masalah tersebut.
Saya sendiri pun alami benda yang sama,tapi saya perlu kuat,sabar,tabah dan ikhlas untuk terima dan atasi benda tuu..Alhamdulillah Ya Allah,dengan bantuan yang Engkau berikanlaa aku masih lagi bertahann. Tak lupa juga terima kasih yang tak terhingga pada Ayah,Mama dan Family saya yang sentiasa support saya dari belakang..Kalian adalah kekuatan saya untuk terus kuat meneruskan perjuangan ini.
Pengalaman laen..? Bukan pengalaman sangat tapi pengajaran. Berada disini banyak mengajar saya erti kesabaran,juga mengajar saya untuk berdikari. Al-maklumlaa 1st time kot dk jauh dengan parents nie,hehe (bukan anak manja tapi anak yang baek sbb tak nak dk jauh dengan ayh & mama..huhu). Alhamdulillah saya laluinya dengan sabar,insya'Allah.. Mengajar saya erti kesabaran sebab berjalan kaki tiap2 hari ke kampus (kalau tak dapat bus atau tak nak bus..saya jalan kaki je..),kalau dulu pergi kmana2 tuu naek je kereta..mudah kan..? tapi dk sni kena banyak sabar..kmana sahaja kena berjalan kaki..rushing ksana kemari.masa tuu berlalu dengan begitu je,pantas sangat.
Mohon doa dari kalian,doakan kami moga sentiasa dipermudahkan segala urusan.insya'Allah.
"..Belajar itu salah satu Jihad Fi Sabilillah...Semoga Allah redha,insya'Allah"
Sekian sahaja,jaga diri elok2 dan jaga amal. -wslm-

Monday, September 24, 2012

...Tentang Sahabat..

Assalamualaikum.
Ingin berkongsi tentang suatu kisah,antara 8 orang sahabat baik. dari tingkatan 1 hingga skrg,masih lagi bersahabat..mga psahabatan dibina ini hingga akhir hayat,hingga ke syurga,insya'Allah.
Bermula dari perkenalan biasa yg dbina di MRKK salah sebuah gedung Ilmu yang terletak di Kuala Krai. Mulanya hanya dengan 5 orang,terlalu banyak kenangan antara diorang..bergelak ketawa bersama,bsdih pun skali,bkongsi Ilmu,bkgsi crita.sukar untuk dihuraikan secara terperinci..sehinggalaa pada tahun 2009 (form4),salah sorg dari sahabat nie bpindah ke Gedung Ilmu laen di Kota Bharu untuk meneruskan pengajian dalam aliran sains..sedih bukan maen bila perlu berpisah. Alhamdulillah masih lg keep in touch.
Tinggal berempat,bertambah dengan 3org shbt baru...makin lama makin akrab,makin rapat.kemana sahaja pergi,mkan ke kantin pun berjemaah,ke masjid pun berjemaah.murabbi di MRKK pun dah sangat mengenali dengan 7shbt nie. satu perpisahan lagi pertengahan 2010 (form5) berlaku bila slh sorg dari 7 shbt nie kena pindah ke Kota Bharu oleh kerana ikut ayah pindah tempat kerja. Biasa laa,bila bertemu dengan perpisahan nie,pasti akan rasa sedihnya.huhu.
So,masih berbaki 6 orang sahabat.Walaupun berpisah dengan 2shbt yang dahulu,tp kami dsni tetap berusaha meneruskan perjuangan yang masih berbaki..terus kuat dan tabah dalam mengharungi cabaran kehidupan. Bila dah besar nie,makin akrab pun ada. Makin sayang dan wujudnya mahabbah antara kami..dah macam adik bradik pn ada..hehe. Alhamdulillah kami berjaya menamatkan hingga SPM,tggu kputusan then dapat kputusan..sementara tuu teruskn lgi blaja utk psediaan STAM. Bilangan sahabat..?? kurang dua bila diorang mngambil keputusan untuk tdak mengambil STAM. tidak mengapa,apakan daya mahu memaksa..masing2 punyai hala tuju sendri.bpisah itu mesti tjadi kan bila ada ptemuan.
Pertengahan 2011 (STAM),, terjadinya lagi perpisahan antara 4sahabat yang masih berbaki. hnya tinggal 2 orang sahabat yang akan teruskan pjuangan dan tamat smpai STAM. Sedih tramat,terasa kehilangan + kekurangan ahli. Al-maklumlaa,biasanya nak pergi mana2, mst cek ahli ckup tak.. bila tnggal dua nie,heran bin pelik pun ada.huhu. Walaubgaimanapun,ttap kuat untuk habiskan pngajian. Alhamdulillah,selesai STAM, dapat keputusan. Terjadinya lagi perpisahan antara kami...
Yang paling sedih bila antara kami tadi ada yang sambung pengajian ke Luar Negara i.e Mesir (230912).. huh. sedih sangat..jauh tuu msia dan msir. Pujuk hati supaya jangan terlalu ikutkan prasaan...biasa laa tuu,bila nk sambung pngajian,masing2 punyai hala tuju sendri..
Pesanan ringkas buat sahabat2ku : Jaga diri elok2,jaga amal,jaga hati dan jaga Iman.. jauh pun jarak antara kita,persahabatan tuu ttap akan terjalin smpai bila2.Belajar moleks, kuatkan diri,tabahkan hati,cekalkan minda untuk teruskan pjuangan yang masih lagi berbaki.. I'm alwyz miss our sweet memories,aku rindu kalian semua. <3
"..Setiap pertemuan itu pasti akan ada perpisahan.."
"..Ya Allah,walau berpisah jrak antara kami..mga kami trus menjaga hubungan persahabatan yang telah lama terjalin,mga mahabbah yang ada tuu tidak terus lenyap dengan bgitu sahaja. Lapangkan dada kami untuk mudah menerima Ilmu yang diajarkan kepada kami. Permudahkanlaa segala urusan kami. Semoga kami diberi peluang untuk bertemu dengan kejayaan kerana kejayaan itu adalah kegembiraan dan hadiah bermakna buat Ibu bapa kami...bantu kami Ya Allah. Ameen Ya Rabbal'alamin..."
>..Nik,Najihat,Mizah,Hanis,Fatin,Cfa,Faz & Fizah..<
... Ukhwah Fillah Abadan Abada,insya'Allah...
Sekian sahaja dari saya, Jaga diri dan Jaga Iman. -wslm-

Wednesday, September 12, 2012

New Life...New Experience..

...Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum. smoga kte sentiasa dibawah rhmat dan lindungan Allah Ta'ala,insya'Allah.Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah kerana Allah bg peluang untuk saya menjejakkan kaki ke bumi USIM,gedung Ilmu yg menerima saya sebagai penuntutnya.
New Life..New experience.Oleh kerana sebelum nie saya tak pernah menjejakkan kaki ke alam kampus,alam uni,tak pernah berenggang dgn family.ini adlh pengalaman saya yang baru.terasa takut + risau + janggal dengan alam baru nie...ditambah pula saya dan kawan2 yg daripada STAM nie bersaing dengan bkas2 tamhidi (foundation at USIM),matrikulasi/asasi,diploma dan stpm.persaingan sihat,persaingan sengit..agak risau.agak bimbang. ~Rabbuna Yusahhil.ameen.
Kalau nak bgtau sal registration day aritu mmg agak panjang utk saya huraikan.perasaan nie bercampur baur,tak dinafikan sedikit penat akan tetapi bila diselitkan dengan perasaan teruja + gembira tuu,dengan serta merta keletihan yang dirasai tuu hilang entah ke mana.Alhamdulillah saya diberi kesihatan,kekuatan dan kesabaran utk menghabiskan sesi orientasi atau dikenali sebagai minggu ta'aruf di USIM..Ia berlangsung selama 4/5 hari mungkin. Selepas je tamat orientasi tuu,disambung pula dengan program bahasa arab (ALSP) dan bahasa inggeris (ELSP) yang mana program nie WAJIB untuk disertai oleh pelajar tahun 1. Best.Enjoy.yang penting manfaat dari program tuu saya dapat..Alhamdulillah.
Kemarin (Isnin 10.09.12),bermula pengajian.sbloam tuu,perasaan semakin berdebar + excited + takut..tak dapat nk digambarkan. Kenapa takut..? Takut sebab tak pernah alami suasana pengajian di alam uni. 1st clas kmarin dmulakan dengan madah General Principles of Malaysian Law..Law..?? Ye Law,satu madah yang tak pernah dipelajari. Orang kate susah subject nie. Saya mungkin mengiyakan kata org tuu sbb saya pun tak pernah belajar lgi. Assigmnt pun dah dapat utk madah nie.huhu. Saya berusaha untuk belajar memahami apa itu LAW. try meminati madah nie,sebab saya tak minat LAW. :-)
Next diteruskan dengan clas Al-Madkhal Fiqh Fatwa,lecturer foreigner...arab je terus.Alhamdulillah faham jg skit2. Last Clas madah tamadun asia tamadun islam (TITAS).
Itulaa saat2 mula2 bergelar mahasiswi. Alhamdulillah Allah permudhkan segalanya. Moga Allah terus permudahkan segala urusan kami.insya'Allah.
"...Please dunt easily give up,u can do it..insya'Allah..usaha sebaik mungkin.inilaa ujian yg perlu dihadapi.Perjuangan harus diteruskan. Pengajian nie adlh salah satu dari Jihad Fi Sabilillah...Tiap Ujian tuu harus ditempuhi dengan sabar,kuat dan tabah..."
"..Manusia nie takkan lari dari sebarang ujian,sebagai pelajar hadapi ujian dengan peperiksaan yang akan menentukan LULUS atau GAGAL (nauzubillah). Sebagai hamba Allah,terus diuji dan keputusan bakal diketahui di Akhirat kelak,menentukan SYURGA atau NERAKA (nauzubillah)..."
"...Ya Allah,bantu kami.semoga urusan kami sentiasa dipermudahkan. terangi hati kami untuk mudah memahami apa yang dipelajari,semoga kami mudah untuk mengingati apa yang dihafal..kami inginkan kejayaan bukan kerana ingin takabbur,tapi kami ingin berikan kebahagiaan dan kegembiraan buat Ibu bapa kami terutamanya,keluarga kami serta murabbi kami..Allahumma Rabbi Yassir,wala tu'asir watammimna bikhoir..Ameen Ya Rabbal'alamin.."
"..Syukran Jiddan pd Ayah,Mama Abg2 dan adk2 serta Kak Ipar sbb trus bg kakak semangat...thanks for everything.I'm alwyz miss all of u very much... <3 <3 <3.."
~ Rabbuna Yusahhil..Ameen. Sekian sahaja,jg dri & jg amal. -wslm-

Friday, August 31, 2012

"...Kembali menjadi Penuntut Ilmu...."

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamulaikum.Alhamdulillah Ya Allah di atas peluang yang diberi untuk merasai nikmat Ramadhan & Syawal. Semoga terus diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan & Syawal yang akan datang,insya'Allah.
Alhamdulillah juga kerana saya diberi peluang untuk teruskan pengajian yang masih lagi berbaki,perjuangan yang berehat seketika akan diteruskan lagi...hanya menghitung hari untuk menanti saat itu. Kemana hala tuju saya..? Dan bidang apakah yang akan saya ceburi..? Sekadar ingin berkongsi dengan sahabat2 pembaca ruangan nie...Alhamdulillah saya ditawarkan untuk meneruskan pengajian di USIM (Universiti Sains Islam Msia)kampus nilai,N9. Bidang yang ditawarkan tuu yang saya ingini juga,i.e Fiqh Fatwa under Fakulti Syariah & Undang2 (FSU).Alhmdulillah,bersyukur sangat9 sbb diterima juga saya punya application. Bakal memulakan kehidupan disane pd 01.09.12 (Sabtu). Kawan2 laen..? Erm,kebanyakannya dapat di tempat yang sama walaupun berlainan kos..cuma salah sorg je kwan yg dpat same (Siti namanya).
Ada yang bertanya saya,, "..Kenapa Asma' tak sambung ke oversea..? jordan atau mesir mungkin..?",jawab saya, "..keinginan tuu memang ada nak ke sana akan ttapi keizinan tuu tiada..burung nak terbang tapi takde sayap kiri dan kanan..? mcam mana nk terbang?? tak kisah laa ke mana saya menuntut ilmu,msia atau luar negara janji niat untuk menuntut ilmu tuu sntiasa diperbetulkan. mencari Ilmu untuk mendapatkan keredhaan Allah..Alhmdulillah juga kerana ayh & mama saya memberi keizinan untuk saya sambung pengajian wlaupun bukan di msir atau jordan,tapi saya tetap bersyukur. Syukran awi..!!
So hows my preparation..?terlalu panjang untuk crita tentang persiapan..sepertimana pelajar2 laen juga,begitulaa saya. Excited..? Yup,sebab nie pengalaman pertama nak melangkah ke alam baru..alam sebagai mahasiswi,insya'Allah.
"...Ya Allah,terima kasih di atas peluang ini.semoga aku menerima dan menggunakan peluang ini sebaik mungkin,insya'Allah.Ya Rahim,permudahkan segala urusanku dan sahabat2 yg lain,lapangkan dada kami untuk menerima Ilmu yang akan kami pelajari. Semoga kami mudah untuk memahami Ilmu itu,permudahkan segala hafalan kami...semoga kami ingat apa yg kami hafal itu bukan semata2 kerana ingin lulus peperiksaan sebaliknya kami hafal itu utk trus ingat smpai bila2,,insya'Allah.,semoga kami terus berpegang dan beramal dengan Ilmu yang kami pelajari...Rabbuna Yusahhil,ameen Ya Rabbal'alamin..."
** Terima kasih yang tak terhingga buat Ayah & Mama saya,yang bagi keizinan untuk saya pergi mencari Ilmu.insya'Allah kakak akan manfaatkan peluang ini sebaik mungkin. Terima kasih juga di atas didikan dan sokongan kepada kami adik beradik...jasa kalian amatlaa dihargai dan tdak dpat dinilai dengan wang ringgit...,
** Terima kasih kepada hero2 saya (3abg dan 2adk laki) + my sis in law sebab bagi sokongan...
** Terima kasih kepada murabbi yang telah berkongsi Ilmu dengan saya & sahabat2 laen.
**Tak lupa juga untuk berterima kasih pd senior merangkap kakak saya di MRKK i.e Kak Siti Fatimah Salleh sebab sentiasa bagi semangat,skongan serta nasihan dan tunjuk ajar kepada saya....thanks a lot dear sis..!!
** Terima kasih juga kepada sahabat2 yg sama2 brusaha mencapai kejayaan...Bittaufiq wannajah juga buat kalian..
Sekian sahaja,jg dri & jg amal. -wslm-

Wednesday, August 29, 2012

Eid Mubarak 1433H

"..Salam Eid Mubarak dari kami : Nik & Family..."

Saturday, July 21, 2012

"..Karnival Ibadah.."

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.1st post utk Ramadhan.Alhamdulillah Ya Allah kerana aku masih lagi diberi peluang untuk bertemu dgn bulan yg penuh barakah ini.Alhmdulillah kerana aku diizinkan untuk merasai nikmat berpuasa,serta berpeluang untuk tarbiah diri dlam KARNIVAL IBADAH nie.taknak hurai panjang bab puasa atau ramadhan nie,cuma nak berpesan sesuatu untuk mengingatkan diri sendiri disamping mengingatkan kawan2.insya'Allah.
Semoga bulan ini menjadi madrasah untuk mentarbiah diri kita menjadi ke arah yang lebih baik... Semoga bulan ini melatih kita untuk terus sabar dan tabah dengan ujian yang dihadapi. Semoga bulan ini mendidik kita utk mula qiamullail,,solat sunat,,membaca Al-Quran dan melakukan amal jariah. Semoga kita tdak hnya melakukan bnda2 baek hanya pada bulan Ramadhan shj,ada baiknya kita menjadikan Ramadhan ini sbg satu titik permulaan untuk kta berubah ke arah yg lebih baik.
~terus istiQamah dlam berusaha menjadi Khalifah Allah yg lbih baek...
Saya nak ambik kesempatan untuk memohon maaf di atas segala salah,keikhlafan pekerti kpd yg mengenali saya ataupun tdak.mhon maf jg sekiranya saya ada "ter" salah bg info mungkin..Ana asif jiddan a'la kulli hal.Jom3 same2 kita manfaatkan Karnival Ibadah nie.
"..Ramadhan Kareem,Allahu yubarik fih.." (^_^)
Sekian sahaja,, Jaga Diri & Jaga amal elok2,Jaga Hati & Jaga Iman Baik2. -wslm-
::Mengejar Lailatul Qadar,,insya'Allah::