Monday, September 30, 2013

welcome back..!! kembali melakar pena.

...Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum buat sahabat2 yang masih lagi setia membaca ruangan perkongsian ini.

Agak kekok untuk kembali melakar pena di ruangan ini,al-maklumlah lama sangat tak update.idea untuk melakar itu ada cuma masa yang tidak dapat diuruskan dengan baik mungkin,menyebabkan tidak punyai kesempatan untuk update ruangan ini. (agak ber sastera kali ini.huhu)

Alhamdulillah Ya Allah dengan izinMu,
aku masih lagi bernafas di dunia ini,terus beribadah kepadaMu.
dengan izinMu juga,aku masih diberi kesihatan walaupun ditimpa untuk seketika.
Alhamdulillah Ya Allah,kerana aku masih lagi diberi peluang untuk meneruskan pengajian aku di bumi Nilai.
tanpa izinMu,semua ini mungkin tidak akan terjadi.
Allahurabbi,terlalu banyak nikmat yang telah Engkau berikan.
Alhamdulillah Ya Allah..

Kadang diri ini merasakan tidak layak untuk sampai ke tahap sekarang,peluang yang diberi amat berharga.terlalu ramai yang meminta,Alhamdulillah salah seorang yang berjaya itu adalah aku.dan sekarang telahpun berada di tahun 2 pengajian.berbaki 2 tahun untuk selesai peringkat ini.in shaa Allah.

Semester ini dah nampak bidang pengajian yang saya ambik,subject2nya pun agak laa mencabar berbanding dua sem lepas.namun,cabaran itu bukan melemahkan kita.moga menjadi pembakar semangat untuk saya tempuhi cabaran tersebut.in shaa Allah.Alhamdulillah,selesai tahun pertama pengajian dengan lancar.awal semester,biasa masih lagi dengan bayangan cuti sem yang agak lama.Alhamdulillah dah pun kembali wujud semangat untuk belajar tuu.moga ia tidak pernah pudar.

Di awal semester ini juga,bertambah kesedaran dan semangat pada diri ini dek kerana diberi motivasi/moral support dari murabbi disini.teringat beberapa kata2 yang diberi oleh mereka.

"...awk2 smua ptt bsyukur dlm rmai2 plajar yg nk smbg blajar,awk slh sorg yg tplih..bila dah dpt,pgg elok2..blajar btl2.jgn blajar smata2 nk dpatkan ijazah,dpt kerja + gaji..."

"...belajar nie jgn skadar menghafal utk lulus dlm imtihan.perlu btul2 faham utk entum amalkan dlm khidupan..biasa pelajar nie menghafal @ belajar sekadar untuk dapat A dalam setiap subject.dah dapat,bukunya disimpan,ilmu entah ke mana.so macam mana nak pratikkan ilmu yang entum dapat?takkan setakat nak gantung sijil je..manfaat dari ilmu,penat lelah kamu belajar tuu macam mana?.." 


"...kamu semua rasa cukup ke dengan ilmu yang kamu dapat dari bilik kuliah..?tak perlu topup ilmu dengan cara lain..?kalian kena ingat apa tujuan sebenar kalian datang sini,belajar.bukan setakat nak dapat kerja,tapi bagaimana pula dengan sumbangan kalian pada Agama kita..?pada ummah?lagi2 kalau kalian nie dalam bidang agama,apa peranan kamu?..."  

Allahuakbar.tersedar sekejap dari lamunan.ya benar,takkan kita belajar nie cuma nak dapatkan kerja + gaji.then sara kehidupan sendiri..?? of course no.sebab kita masih lagi ada amanah dan tugasan yang lebih besar.hati bertanya, mampukah aku..?? bolehkah aku untuk tunaikan amanah itu...?? kalau orang lain mampu,takkan kita tak dapat..? in shaa Allah,aku boleh.aku mampu kalau ada keinginan.jika disusuli dengan usaha,sabar dan ikhlas.hati kembali memujuk diri.

Ingatlah sahabat,tujuan kita menuntut Ilmu ini bukan semata2 untuk diri kita je.tapi ada lagi yang memerlukan.jangan kita lepaskan peluang yang amat berharga ini.ambik peluang nie,pegang dan jaga betul2.semoga kita semua mampu untuk jadi manusia  yang bermanfaat kepada orang lain serta jadi hamba Allah yang beriman,soleh/solehah.in shaa Allah.Ameen.

Maafkan saya sekiranya lakaran ini agak serabut,atau membosankan.sekadar perkongsian buat sahabat apa yang dirasai.semoga bermanfaat.jaga diri,jaga iman dan jaga hati. -wslm-


No comments: