Saturday, July 27, 2013

Alhamdulillah.cabaran dan ujian itu menguatkan.

...Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum.Semoga kita sentiasa dibawah rahmat dan lindunganNya.in shaa Allah.wah 2bulan tak jenguk ruangan perkongsian..erm baru 2 bulan,bukan 2 tahun.Alhamdulillah masih diberi peluang.

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah...pejam celik,dah selesai semester kedua (tahun pertama pengajian).in shaa Allah,saya akan melangkah ke semester seterusnya (tahun kedua).bermaksud masih punyai 3 tahun baki untuk meneruskan perjuangan ini.

Cabaran....??? Ujian....?? terlalu banyak ujian dan cabaran itu.sehinggakan diri terasa lemah untuk hadapinya..tapi,Ahamdulillah dengan kekuatan dan ketabahan yang diberi,saya masih mampu bertahan.Bertahan dan terus bertahan.Bila difikirkan balik,ujian dan cabaran yang kita hadapi ini taklah terlalu berat.Fikirkan,jika orang lain diuji dengan cabaran yang lebih besar dan dia mampu bertahan.mengapa tidak kita..? Jangan kita bandingkan dengan orang yang lebih tinggi dari kita,tapi cuba tundukkan ke bawah.dari situ,hati terus terdetik "Alhamdulillah Ya Allah.".

Cabaran dan ujian dalam pengajian..? atau diluar bidang pengajian? Erm,dicampur adukkan mungkin. Biasalah selagi kita bergelar seorang manusia,kita akan terus diuji dengan apa jua cabaran dan rintangan.ujian itu untuk menguji tahap mana kesabaran kita.try set dalam diri,sematkan dihati. "..aku boleh hadapinya dengan sabar dan kuat..".moga terus sabar dan kuat.in shaa Allah.

"...Tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia2.."

"...La tahzan,,innallaha ma'ana.."

Selesai imtihan baru2 nie, fikiran mula melayang memikirkan tentang bagaimana natijahnya nanti..tapi hati terus memujuk "...Kita dah usaha sebaik mungkin,selebihnya kita mampu bertawakkal padaNya..moga yang terbaik,in shaa Allah.."

Setakat ini dahulu post saya.Ramadhan semakin meninggalkan kita,manfaatkan masa yang berbaki moga kita terus mengejar amalan utk dibekalkan di akhirat kelak..in shaa Allah.fastabiqul khairat..jaga diri,jaga iman dan jaga hati. -wslm-

No comments: